Tuesday 18 September 2012

Rumah teres simpan sundal


KUALA LUMPUR: Penyewa sebuah rumah teres di Cheras telah menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga. Pelanggan ditawarkan khidmat urut, mandi bersama dan seks hanya dengan bayaran  RM130.



Kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa kerana mereka sangat licik.

Taktik yang digunakan sindiket itu sungguh berkesan.  Bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa, bukan sembarangan pelanggan yang dibenarkan masuk. Malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari.

Berdasarkan aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan sebuah tabloid terkenal telah menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan perkara itu. Terbukti, rumah itu telah dijadikan pusat pelacuran dan didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.

Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”