Tuesday, 18 September 2012
Wanita hamil curi RM4,023 sujud kaki minta maaf
KUANTAN: Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, wanita berusia 22 tahun dari Kampung Pulau Jawa, Pekan terbabit, dikatakan hadir sebagai tetamu tidak diundang di majlis kenduri itu sebelum menjadi ‘halimunan’ dengan menyusup masuk ke bilik mangsa.
“Wanita yang sarat hamil itu berkali-kali sujud sambil cuba mencium kaki kami untuk memohon maaf kerana mencuri wang RM4,023 bersama dua gelang tangan milik saya dan adik,”
kata mangsa kecurian dikenali sebagai Rin, 37, selepas berjaya menahan seorang wanita yang mengambil kesempatan mencuri wang tunai dan barang kemas ketika dia bersama ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu di majlis perkahwinan adiknya, di Tanah Putih Baru, di sini, petang kelmarin.
Ketika berada di dalam bilik itu, wanita terbabit yang sepatutnya dijadualkan bersalin kelmarin, dikatakan menyelongkar almari sebelum mengambil anak kunci dalam kotak lalu membuka laci dan mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi segumpal wang tunai dan dan beberapa barang kemas milik tuan rumah majlis.
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment