Tuesday 18 September 2012

Gambar Pengarah Hina Nabi dan Islam, Nakoula Basseley Nakoula


Gambar Pengarah Hina Nabi dan Islam, Nakoula Basseley Nakoula : Inilah gambar pengarah yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam melalui filemnya ”Innocence of Muslims”.

Sejak filemnya menjadi cemuhan dan kutukan masyarakat Islam serata dunia, Nakoula telah menghilangkan diri.





Nakoula adalah penganut agama Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang beliau tinggal di California, dia juga merupakan seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile, begitupun terdapat banyak nama samaran bagi lelaki ini. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Penyiaran filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam di seluruh dunia. Sehingga kini dilaporkan tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia.

Dipercayai bahawa negara Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan. Sehingga kini, Nakoula sudah disoal siasat oleh polis di AS berikutan filemnya itu.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”