Tuesday 18 September 2012

Pelajar Terselamat Cubaan R@gol Di Tandas Universiti


MELAKA – Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di sini, Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
“Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.

Raja Shahrom berkata, lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjeritmeminta pertolongan.
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkahmeningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan. – BERNAMA

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”