Tuesday, 18 September 2012
Gambar Perdana Menteri Dimanipulasi Lagi
Putrajaya - Selasa - Pihak Jabatan Perdana Menteri hari ini menyangkal tuduhan buas nate kuba pihak pembangkang bahawa gambar majlis sambutan Hari Raya yang dianjurkan Dato Seri Najib di Pekan tempohari dimanipulasi secara digital. Pihak Pembangkang yang longkang mempertikaikan laporan media arus perdana bahawa puluhan ribu warga Pekan mengunjungi rumah terbuka DS1M. Pegawai Sebaran Informasi dan Media Sosial Jabatan Perdana Menteri, Encik Khairul Anwar apabila dihubungi pihak Harian Metroll berkata pada hari kejadian, ahli Persatuan Kembar-Kembar 1 Malaysia (PKK1M) di jemput hadir ke Pekan Pahang.
"Apa yang dituduh oleh Pakatan Rakyat adalah tidak berasas langsung dan merupakan pertuduhan kotor seperti BERSIH 3.0 yang dilontar oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan rumah terbuka Dato Seri Najib. Pihak pembangkang menuduh gambar yang diambil ketika majlis di PHOTOSHOP menggunakan clone tool. Mereka tidak tahu pada hari yang sama kami menjemput ahli Persatuan Kembar-Kembar 1Malaysia. Sebab itulah ada gambar individu berpakaian dan muka yang sama pada latar belakang gambar. Ini bukan Photosop tetapi realiti! Sesungguhnya Pakatan benci rayat Malaysia yang diahirkan kembar!"
Gambar yang menjadi bualan ramai dan tersebar dengan meluas di laman Twitter dan Facebook di bawah boleh dilihat di laman sesawang New Strait Times sejak Ahad lalu. Kami di HarianMetroll mendapatkan bantuan kepakaran KRU STUDIOS untuk melakukan analisis gambar dan membuktikan kesasihan gambar ini.
KRU Studios sebelum ini dipertanggungjawabkan oleh Polis Di Raja Malaysia untuk melakukan analisis video seks Anwar Ibrahim yang didapati asli oleh KRU. Wakil KRU Studios yang hanya mahu dikenali sebagai Encik E mengesahkan gambar rumah terbuka Perdana Menteri ialah asli dan tidak mengandungi sebarang elemen manipulasi digital menggunakan Photoshop maupun Microsoft Paint.
"Kami sudah biasa dalam teknik manipulasi gambar secara digital dan pada pendapat kami gambar yang menjadi bualan ini 130% asli. Ianya gambar paling asli pernah kami lihat sejak terciptanya teknologi fotografi."
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hhhahhhahaha, mcm2 cara nk jilat PM ye. ahhahahahahhahaa
Post a Comment