Pergaduhan manja antara Neelofa dan Anzalna sudah masuk ke round ke-3: Petang tadi dalam satu sidang media ringkas di Bandar Utama, Neelofa mendedahkan yang beliau sudah melantik dua orang peguam dan menghantar notis tuntutan kepada Anzalna Nasir.
Pihak Neelofa beri 7 hari kepada anzalna untuk respons terhadap notis yang dikeluarkan pihaknya, mereka akan meminta satu permohonan maaf secara terbuka.
Dan, tindakan saman juga merupakan satu kemungkinan yang dilihat oleh peguam Neelofa. Berikut maklumbalas Anzalna Nasir selepas tindakan Neelofa.
“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama”
“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya,” ujar Anzalna Nasir yang di’temui awal malam ini.
“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.”
“Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” tambah Anzalna Nasir sebagai penamat bicara.
No comments:
Post a Comment