Thursday 14 June 2012

Berita gembira Maher Zain



Maher Zain bakal membuat kejutan pada konsertnya di stadium merdeka, Sabtu ini.

Kalangan peminat penyanyi Maher Zain terutama para pelajar kini boleh tersenyum gembira apabila boleh membeli tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus, khusus buat mereka yang ingin menyaksikan konsert Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012.

Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan pelajar semasa membuat pembelian di mana-mana cawangan TicketCharge.

Dipersembahkan oleh Canon dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records,Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada pukul 8 malam, Sabtu 16 Jun ini.

Harga tiket bermula daripada (tempat duduk bebas) RM78, (tempat duduk bernombor) RM138, RM238, RM298 dan VIP.

Sejak pelancaran jualan tiket pada 25 April lalu, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat Maher Zain yang sememangnya menyokong konsert ini.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allahini juga akan membuat kemunculan khas untuk sidang media sehari sebelum konsert di Hadramawt Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Selain menantikan kejutan yang telah disediakan oleh Maher Zain pada hari konsert, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef.

Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012 yang ditaja bersama Etiqa Takaful Bhd. dan One Drop Perfumes ini turut disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records, Warner Music Malaysia dan Astro.
Bagi maklumat lanjut mengenai konsert dan kemunculan khas Maher Zain, boleh hubungi Marctensia di talian 03- 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com.

Untuk tempahan melalui talian, sila hubungi TicketCharge di talian 03 92228811 atau layari laman sesawang www.ticketcharge.com.my.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”