Thursday 9 August 2012

Album Baru Super Junior Catat Jualan 200K


Album Baru Super Junior Catat Jualan 200K : Album terbaru kumpulan K Pop, Super Junior dikatakan mencecah angka 200,00. Satu jumlah yang agak besar dan luarbiasa.




Semenjak dilancarkan, jualan album kumpulan K-Pop dari Korea ini yang bertajuk “Sexy, Free & Single” mencecah angka 200,000, satu pencapaian bagi Super Junior apabila berjaya mengatasi kesemua jualan album artis yang lain.

Dengan jumlah jualan yang mengujakan, Super Junior sekali lagi berjaya meletakkan diri mereka sebagai kumpulan K-Pop nombor satu di Korea.Menurut Hanteo, album ke-6 Super Junior ini adalah satu-satunya album yang telah berjaya terjual lebih dari 200,000 keping salinan.

Penganalisis jualan album tidak menafikan yang Super Junior bakal sekali lagi berjaya menjual lebih 500,000 salinan album seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan album kelima mereka, “Mr. Simple”.

Jadi, kepada semua peminat K-Pop sila dapatkan salinan album terbaru Super Junior “Sexy, Free & Single”!

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”