Thursday 9 August 2012

[Spider] Tam Spider Lamar Tiz ZAqyah




Elok-elok aktres pujaan ramai, Tiz Zaqyah menyulam cinta dengan kekasaihnya, Remy Ishak, tiba-tiba ada berita yang meletop ada kumbang baharu cuba masuk jarum, siap buka mulut nak lamar Tiz.
Dengarnya juga, pelakon drama Deja Vu langsung tak marah apabila dilamar sedangkan dia tu kekasih orang.  Nak tahu siapa yang lamar Tiz, cuba teka.  Kalau ada orang cakap lelaki yang lamar Tiz Zaqyah adalah Tam Spider, mesti ada yang kata agak-agaklah sikit kan…Sebelun tak pasal-pasal bikin panas!!
Ha..ha.. Tiz Zaqyah sebenarnya dilamar Tam Spider untuk satu projek nyanyian.  Tam akan mengalas tugas komposer dalam pembikinan sebuah lagu bergenre pop untuk Tiz Zaqyah.  Siapa sangka Tiz  memang ada bakat dalam nyanyian, daripada selalu muat turun aksi nyanyiandalam Facebook dan Tiz sendiri pernah rakam lagu runut bunyi duet dengan Yassin untuk filem Nur Kasih.
Kalau rojek single itu menjadi, makin larislah Tiz, bukan sahaja berlakon, lagu tema pun dia tapau.. Diva Kosmo

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”