Thursday 9 August 2012

Gaji Saya Bukan RM51 Juta – Tan Sri Rozali


Gaji Saya Bukan RM51 Juta – Tan Sri Rozali : Gaji saya tak mencecah pun sebanyak RM51 juta, dakwa Tan Sri Rozali Ismail.

Diminta pihak yang berkenaan rujuk kepada keputusan mahkamah dan dapatkan butiran terperinci dan benar dan tolong jangan dengar fitnah-fitnah tersebut, tambah beliau.

PETALING JAYA – Pihak bertanggungjawab menyebarkan tohmahan dan mengatakan pendapatan Pengerusi Eksekutif Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berjumlah RM51 juta diminta merujuk keputusan mahkamah berhubung fitnah tersebut.

Rozali berkata, mahkamah membuat keputusan kes fitnah kepadanya berdasarkan fakta, bahawa Syabas tidak membayar gaji sejumlah itu kepadanya.

“Mereka boleh rujuk kepada keputusan mahkamah dan mendapatkan butiran yang benar dan terperinci daripada mendengar tohmahan tanpa asas,” katanya pada sidang media selepas penyampaian sumbangan kepada lima  pertubuhan anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, krisis air di Selangor sememangnya berlaku dan beberapa kawasan dimaklumkan mula menghadapi gangguan.

Katanya, beliau menghargai usaha dan peranan dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menangani masalah itu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, yang prihatin dengan masalah dan mengadakan mesyuarat serta mendengar taklimat dari kakitangan Syabas setiap hari serta mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Rozali berkata, peranan dan usaha dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan juga amat dihargainya dengan penubuhan Jawatankuasa Khas berkaitan menangani bekalan masalah air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri “Saya amat berterima kasih akan jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan krisis ini yang prihatin akan penderitaan penduduk terlibat.

“Dengan adanya tindakan proaktif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat Persekutuan, dapat membantu Syabas menguruskan dan lebih penting mencari jalan penyelesaian” katanya Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata, barisan kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu bersedia bersama-sama Perdana Menteri untuk meneruskan dasar Kerajaan.

Katanya, beliau percaya dalam kalangan tokoh pimpinan NGO boleh disifatkan sebagai ‘winnable candidates’ dalam pilihan raya akan datang.



“Saya percaya dengan komitmen dan potensi yang ada, tenaga dan buah fikiran dapat membantu memajukan negara.

Bagaimanapun katanya, ia terletak kepada keputusan Perdana Menteri.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”