Thursday, 9 August 2012

Dirogol 5 Lelaki Menyamar Pegawai Cegah Maksiat




KOTA BHARU – Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.

Asisten Komisioner Lai Yong Heng (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri) berkata, sebelum kejadian dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya sekitar 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.

Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu yang mendawa diri sebagai anggota pencegah maksiat.

“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad didalam gelap. Salah seorang suspek tersebut menggertak mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.

“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa pun,” katanya, semalam.

Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.

“Oleh kerana percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa pula akan dibawa ke balai polis.

“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong lalu dirogol bergilir-gilir disitu,” katanya

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”