“Saya memang tidak suka dengan lelaki bertubuh gempal atau besar. Saya suka lelaki metroseksual”
Penyanyi yang popular dengan lagu Adam dan Hawa ni sekaligus mengakui bahwa tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bukanlah lelaki idamannya. Lantaran timbul ‘spekulasi nakal’, mungkin juga itu puncanya Misha mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan bersama juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu.
Bagaimanapun, jelas Misha, dia tertarik dengan keikhlasan dan kebaikan hati-budi Firos.
“Saya pilih dia kerana keikhlasan dan kebaikan hati-budinya. Saya tahu dia menyayangi saya dengan sepenuh hati. Kalau saya dapat lelaki idaman sekali pun, belum tentu dia boleh menyayangi saya seperti Firos lakukan. Kami saling menggagumi dan dia adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak saya. Dia melengkapi hidup saya.
“Selepas bertunang saya dapat merasakan perbezaan dalam hidup saya. Dahulu orang sering buat spekulasi tentang status perkahwinan saya. Kini cerita-cerita begitu tidak kedengaran lagi. Hati saya rasa lebih tenang dan sudah tentu saya kini bahagia. Macam yang saya katakan tadi, Firos melengkapi hidup saya. Dia sentiasa cuba menggembirakan saya,” ujarnya.
Seperrtimana pasangan lain, Misha turut mengakui kadang-kala berlaku perselisihan faham di antara mereka, apatahlagi bagi mereka yang dalam fasa alam pertunangan. Walaupun begitu, mereka kami berjaya mengharungi setiap cabaran dan sentiasa berbimcang seandainya timbul masalah atau
“Orang kata ‘darah manis’. Kalau ada perkara yang menimbulkan rasa kurang senang antara kami berdua, kami akan berbincang dengan baik. Saya bangga dengan pencapaian kami hari ini. Tempoh bertunang ini adalah masa terbaik untuk kami belajar menyesuaikan diri,” kata Misha yang kelihatan lebih berseri-seri sejak bergelar tunangan orang ini.
Ditebak dengan tarikh perkahwinan, pemilik nama Samihah Omar ini sekali lagi menjelaskan bahawa sehingga kini dia masih belum memilih tarikh yang diinginkan.
“Kalau boleh hendak selesaikan tahun hadapan. Kami memang hendak langsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi, kami harus berfikir secara rasional. Firos masih dalam latihan kerja. Saya tidak mahu bebankan dia dengan memikirkan persiapan perkahwinan.
Komitmen kerja lebih penting. Biarlah dia selesaikan latihan penerbangan dahulu sebab sekarang ini dia sering tertekan. Buat persiapan perkahwinan ini bukannya mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya tak mahu bebankan dia dengan lain-lain tanggungjawab,” katanya yang bakal muncul dalam telemovie berjudul Untung Atas Angin yang akan ditayangkan di saluran RTM sempena hari raya nanti.
No comments:
Post a Comment