Thursday, 20 December 2012

Facebook Ambil Alih Instagram




San Diego: Beberapa minggu sebelum beliau menerima tawaran AS$1 bilion (RM3.05 bilion) daripada Facebook Inc, Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom, secara lisan dikatakan bersetuju untuk menjual syarikat perkongsian foto miliknya itu kepada Twitter Inc pada harga AS$525 juta (RM1.6 bilion) pada Mac lalu.

Urus niaga dengan Twitter Inc itu bagaimanapun kemudian dibatalkan, menurut laporan New York Times yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengambil alih Instagram selepas melaksanakan perjanjian urus niaga menerusi tunai dan saham, hanya beberapa minggu sebelum tawaran awam permulaan (IPO) Facebook pada Mei lalu.

Urus niaga itu ditutup pada September pada harga nilaian AS$715 juta (RM2.18 bilion), mencerminkan penurunan harga saham Facebook sejak ia ditawarkan.
Ketika rundingan dengan Instagram, eksekutif Twitter menyerahkan kepada Systrom terma perjanjian yang menggariskan butiran urus niaga itu.

Systrom menerusi akuan bersumpah kemudian memberitahu badan pengawal selia pasaran di California bahawa syarikatnya tidak menerima apa-apa ‘tawaran rasmi daripada pembeli berpotensi selain daripada Facebook.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”