Thursday, 20 December 2012

Kerana Baju, 2 Pereka Fesyen Belasah Alyah



Kerana Baju, 2 Pereka Fesyen Belasah Alyah : Satu lagi kisah panas setelah Anugerah Planet Muzik 2012 berlangsung beberapa hari lalu. Kali ini dikatakan 2 orang pereka fesyen tidak berpuas hati dengan penyanyi Alyah.

Segalanya diletupkan di Twitter, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Alyah yang didakwa tidak memakai baju rekaan mereka ketika anugerah itu berlangsung, sedangkan sebelum itu Alyah beria-ia mengejar mereka.

Bukan setakat tidak memakai pakaian rekaan mereka, pereka fesyen tersebut turut mendakwa Alyah gagal membuat permohonan maaf kerana tidak memakai pakaian ciptaan mereka.


Hatta Dolmat dan Rizman juga berkata, mereka telah banyak habiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk tujuan tersebut. Malangnya perbuatan Alyah kepada mereka seperti langsung tiada penghargaan.












Ikuti printscreen yang diambil menerusi ketiga-tiga mereka.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”