Thursday 20 December 2012

Gagal Beri Gambar Datuk K, Siti Nurhaliza Mohon Maaf



Gagal Beri Gambar Datuk K, Siti Nurhaliza Mohon Maaf : Datuk Siti Nurhaliza Taruddin memohon maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand untuk didedahkan kepada umum.

Menerusi SMS yang Datuk Siti hantar kepada pihak wartawan, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.

“Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K,” katanya.

Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”