Tuesday, 25 June 2013

Syura Juara/pemenang masterchef selebriti malaysia 2



Betul ke Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2?
ada para peminat kasi tau yang pemenang Masterchef Selebriti Malaysia 2 adalah Syura. Ini kerana, dikatakan juga rakaman Final Masterchef Selebriti Malaysia 2 di lakukan di KLIA



Monday, 24 June 2013

Kerajaan Selangor Edar Topeng Muka Kepada Orang Ramai


SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Selangor akan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di Selangor kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Exco Kesihatan Dr Daroyah Alwi sudah diarahkan untuk mengedarkan topeng-topeng tersebut sebagai langkah keselamatan selepas berikutan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berada pada paras tidak sihat.

“Hadkan aktiviti luar rumah dan lebihkan minum air bagi mengelak  kesan akibat pendedahan secara berterusan kepada jerebu seperti sukar bernafas, mata pedih dan berair, kegatalan pada kulit dan tekak serta sesak nafas.

“Sentiasa memakai topeng muka ketika berada di luar atau tempat terbuka,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini.

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan semua sekolah di Selangor ditutup pada hari Isnin dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan agar sekolah hanya dibuka sehingga IPU bertambah baik dan selamat kepada pelajar.

Abdul Khalid turut menyatakan kesediaan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan bagi memastikan kesihatan rakyat terpelihara.

Sementara itu, Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika ditemui TVSelangor memberitahu, Kerajaan Negeri akan mengedarkan 60,000 topeng muka bermula awal minggu ini dan kemungkinan akan ditambah berdasarkan keadaan semasa.

Topeng muka tersebut akan diedarkan di sekolah, tempat awam seperti plaza tol, laluan motorsikal dan lain-lain.

Topeng muka juga akan diagihkan kepada ketua-ketua kampung, Ahli Majlis dan wakil rakyat untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan masing-masing khususnya kanak-kanak dan warga emas.

Menurut Elizabeth lagi, bacaan IPU di Selangor sehingga jam 11.00 pagi tadi sudah menjangkau lebih 100 dan dijangka terus meningkat disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia.

“Kalau kita lihat indikasi tapak-tapak hotspot di Pulau Sumatera Indonesia dan juga arah angin sedang bertiup, saya tidak jangka keadaan jerebu khasnya di Pantai Barat Semenanjung Malaysia boleh bertambah baik pada masa terdekat ini.

“Jadi lebih baik kalau penduduk-penduduk di Selangor bersiap sedia menghadapi keadaan jerebu yang boleh dikatakan lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ini,” kata Elizabeth lagi.

Elizabeth turut mengulangi pendirian Kerajaan Negeri yang sama sekali tidak akan bertolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka.

“Kerajaan Negeri mengamalkan sifar tolenrasi terhadap mana-mana pihak yang membuat pembakaran terbuka, kita boleh rampas tanah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan failkan kes di mahkamah.”

Semua sekolah di KL, Selangor diarah tutup



KUALA LUMPUR 23 Jun - Semua sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditutup esok seperti yang dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel berkata, beliau akan meminta Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil tindakan sewajarnya.

"Situasi jerebu semakin teruk pada 5 petang dan sekolah diarah tutup sebagai langkah berjaga-jaga kerana kualiti udara yang buruk akan memberi kesan terhadap kesihatan pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mereka berada dalam rumah dan memakai topeng jika mereka perlu keluar.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytihar sebagai kawasan darurat, mencatat sedikit penurunan dengan bacaan 690 pada 11 pagi tadi berbanding 746 empat jam sebelumnya.

IPU bagi Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka, yang sebelum ini masing-masing mencatat bacaan di tahap bahaya 357 dan 334, meningkat ke 415 dan 428.

Negeri lain yang mempunyai IPU tidak sihat termasuk ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor manakala dua kawasan yang dikategori sebagai mempunyai kualiti udara sihat ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 20 June 2013

Tips Kesihatan Bulan Ramadhan



1. Sebelum Ramadan, umat Islam harus sentiasa berunding dengan doktor mengenai keselamatan berpuasa terutamanya bagi wanita yang berbadan dua.

2. Bersahur. Memang diakui agak sukar untuk bangun pada awal pagi, tetapi disebabkan itulah ia mempunyai banyak faedah dan ganjaran. Ia akan membantu anda untuk bangun mengerjakan solat Subuh.Jangan makan terlalu banyak. Beri tumpuan kepada pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Jangan lupa makan buah kurma.

3. Qailullah iaitu tidur sekejap sebelum waktu zohor

4. Elakkan berbuka dengan nafsu. Ikut Sunnah, berbuka puasa sama ada dengan susu, air, atau jus buah-buahan. Kurma adalah yang terbaik

5. Selepas magrib, barulah makan makanan yang berat yang sihat dan seimbang. Jangan makan terlalu banyak, dan pastikan minum lebih sedikit gelas air.

6. Melakukan senaman ringan seperti berjalan selama 15-20 minit, adalah lebih baik dilakukan pada waktu petang.

7. Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati atau senak.

*Ramadan adalah masa yang terbaik untuk memulakan dan mengekalkan keseimbangan dalam hidup anda!

Terkini Jerebu Tahap Bahaya Di Muar



Keadaan jerebu di Muar kini berada di tahap bahaya dengan mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 337 jam 700 pagi ini mengikut indek yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia, iaitu 'udara tahap merbahaya (Hazardous}'.

IPU             Status      
0-50          Good
51-100      Moderate
101-200    Unhealthy
201-300    Very Unhealthy
>301         Hazardous

Ini merupakan angka tertinggi di seluruh Malaysia pagi ini 20 Jun 2013. Bacaan IPU di Kota Tinggi pula adalah 211 yang dikategorikan sebagai udara tidak sihat.

Senarai kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat pagi ini

NEGERI  KAWASAN         BACAAN IPU
Johor            Kota Tinggi             211*
Johor            Larkin Lama           171*
Johor            Muar                        337*
Johor            Pasir Gudang        190*
Melaka         Bandaraya Melaka 134*
Melaka         Bukit Rambai          117*

Bacaan terkini IPU di seluruh Malaysia dari masa ke semasa boleh disemak di
http://www.doe.gov.my/apims/

Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/terkini-jerebu-tahap-bahaya-di-muar-ipu.html#ixzz2WjoaVSfg
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Pelatih PLKN Di Segamat Beranak Dalam Tandas



Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

“Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Bikers Kental 2013 free


link
http://www.4shared.com/video/zA7GY1YL/BikersKental2013450pppvrip.html

Shahz Jaszle Putus Tunang Dan Serang Pasangan Khalwat Di Bangsar

Ramai yang jangka hubungan Shahz Jaszle & Redzwani Puteri bakal bergolak lagi selepas seorang wanita bernama Farah mendedahkan kisah percintaan singkat mereka.

Nyata jangkaan ramai yang memerhati agak mengena apabila sumber kami memberitahu yang Redzwani Puteri telah mengambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka hari ini ekoran apa yang terjadi.

Mungkin kerana sakit hati & bengang dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shahz Jaszle telah datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya, Farah yang menjadi ‘punca’.

Sumber kami yang juga bekerja di bank sama dengan Farah berkata Shahz Jaszle memang benar benar melepaskan amarah beliau petang tadi dan menimbulkan kekecohan sehingga menjadi perhatian ramai.

Kami tidak menerima butir lanjut tentang pertengkaran antara mereka tadi tetapi yang pasti pihak pengurusan bank tersebut telah meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana insiden ini.

Shahz Jaszle & Redzwani Puteri gagal kami hubungi untuk dapatkan pengesahan lanjut.

Yuna Akhirnya Akui Sedang Bercinta Julian Schratter?

Kami cuba juga mencari kenyataan atau tulisan Yuna di Tumblr beliau yang mengatakan hubungan dengan jurugambar beliau, Julian Schratter kini sudah mencapai tahap yang lebih serius.

Laporan dari Beautiful Nara hari ini menyebut yang Yuna menulis yang beliau dan Julian Schratter kini sudah masuk ke fasa percintaan dan ingin menjaga hubungan ini supaya tidak seperti yang lalu.

“Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths — oh how life would be monotonous.

“Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way. I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah”

Kalau benar Yuna & Julian Schratter kini sedang serius bercinta, kami doakan yang terbaik. Bukan mudah ‘kan untuk terbuka hati selepas gagal dalam percintaan yang lalu. Kahwin sila jemput.

Thursday, 13 June 2013

Peluk satu jam USD60

Di zaman yang semakin terdesak ni, macam-macam cara orang buat untuk dapat duit. Dekat Malaysia tak payah cerite lah. Jual barang ML.. Opss tak bleh.. tak bleh. Nanti orang marah. Ape pun, kami rasakan teknik yang digunakan Jackie Samuel ni lebih berkesan.

Dia mengecas sesiapa sahaja yang perlukan pelukan pada harga USD60 untuk satu jam. RM180++ beb kalau di Malaysia! Mungkin uols boleh ubah konsep yang Jackie ni pakai, karang tak pasal mengamuk orang fanatik agama. Bukan muhrim! Bukan muhrim! Ape kate buat pakej bersms cintan-cintan selama sejam untuk RM50 ke? Haha! Ape pun enjoy gambar Jackie layan peluk orang untuk USD60. Bagusnye cara Jackie ni, hanya menawarkan peluk saje  and no sex!


Suami Yasmin Hani, Sha’arin miliki tattoo di lengan

Semalam agak kecoh apabila timbul isu beberapa peminat mempertikaikan simbol di lengan suami Yasmin Hani yang seolah-olah tattoo yang dimuat naik di Insta. Namun begitu, tattoo yang dipakai itu hanyalah tattoo henna iaitu tattoo yang tidak kekal dan boleh dipadam pada bila-bila masa. Tidak kami pasti apa tujuan sebenar dia memaki tattoo henna itu, yang pasti ia hanya menimbulkan persepsi negatif oleh peminat yang beragama Islam.


Shila Amzah upload gambar badan laman sosial

Gara-gara bersemangat untuk berkongsi gambarnya dengan hobi terbarunya iaitu bersenam, Shila terlupa bahawa ramai dikalangan peminatnya merupakan orang Islam. Dek kerana memuat naik gambar bentuk badannya itu, peminat bertindak agresif dengan mengutuk gambar-gambar tersebut sehinggakan Shila membuang gambar-gambartersebut daripada akaunnya. Gambar penuh selepas ini.





Nora Danish bertudung di Kota Bharu, Kelantan

Baru-baru ini, Nora Danish telah ke Mydin, Kota Bharu, Kelantan bagi mempromosikan produk. Amat cantik apabila Nora bertudung, ia akan kekal manis jika dipanjangkan tempohnya hingga selamanya. Gambar penuh selepas ini.








Pakaian Terdedah Mimi One Nation Emcees dikutuk peminat

Mimi, penyanyi kumpulan One Nation Emcees dikritik oleh peminatnya di laman Instagram gara-gara berpakaian ala barat ketika berada di suatu pulau.

Antara kutukan yang diterimanya seperti “pakai tak sopan lansung, bangga sangat nak tunjuk coli kau, puih“.  Walaubagaimanapun, antara komen negatif yang lain telah di padam oleh Mimi sendiri sebelum ia sempat di baca kami. Gambar penuh Mimi memakai baju jarang selepas ini.









Remy Ishak tayang body sampai bawah pusat di Instagram nya

Fuiyo! Remy Ishak tayang body sampai bawah pusat dalam laman Instagram-nya! Dah boleh geng dengan Zain Saidin yang suka tayang sepentot tu.


Tidak Serik Bercinta, Remy Ishak Idamkan Wanita Matang


Selepas percintaan singkat beliau bersama Tiz Zaqyah berakhir, pasti ramai yang tertanya tanya akan siapakah gerangan gadis yang kini berjaya memiliki hati jejaka idaman Malaya ini.

Dalam laporan Berita Harian hari ini, Remy Ishak mengakui yang hatinya maish belum dimiliki sesiapa dan beliau sendiri tidak mencari kerana mahu fokus terhadap kerjaya beliau ketika ini.

“Tiada sesiapa dalam hati saya buat masa ini. Lagi pun, saya memang tidak mencari kerana saya mahu fokus dalam kerjaya — serta kumpulkan harta sebelum berumahtangga,” ujar Remy Ishak.

“Emak saya pun asyik tanya, bila lagi saya mahu berkahwin? Memang saya tertekan sekarang ini. Maklumlah ibu mana yang tidak risau dan sedih mengenangkan anaknya yang asyik putus cinta”

Remy Ishak turut memaklumkan yang beliau tidak serik untuk bercinta dengan mereka dari kalangan artis kerana tidak pernah meletakkan syarat dalam hubungan cinta selama ini.

“Orang seni atau orang biasa, saya terima saja. Cuma kalau boleh, biarlah wanita itu seorang yang matang,” jelas Remy Ishak yang ke Seoul baru baru ini mengikuti rombongan pemenang Anugerah Skrin 2011/12.

Wednesday, 12 June 2013

Jangan Perbesarkan Isu Saya Berkemban – Izreen Azminda


Pelakon Izreen Azminda tidak merasakan adegan memperlihatkan dirinya dalam keadaan berkemban dalam salah satu babak menerusi filem terbarunya, Pecah, sebagai satu hal yang akan menimbulkan isu besar. Ya, berkemban dengan tuala merah. Sekali fikir, sudah tentu nama bakal ibu yang kini hamil 8 bulan 2 minggu ini, akan jadi ‘panas’.

“Penggambaran filem ni dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia akan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada. Saya bukan bogel”, katanya ketika diminta mengulas mengenai aksi beraninya itu. Memegang watak sebagai Lydia, seorang jururawat, Izreen ditemui pada majlis tayangan filem Pecah bersama media bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.

Namun akui Izreen, pada mulanya dia berasa agak kekok ketika mahu melakukan adegan itu. Tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pengarah serta jalan cerita filem berkenaan.

Begitupun Izreen sedar yang sikit sebanyak aksi berkembannya tu akan mendapat reaksi negatif daripada segelintir peminat. Kerana itu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

“Bagi saya perkara ni normal, bila kita buat salah sikit atau nampak tak berapa betul pada kita, pasti kita dikecam. Bagi saya, saya dah biasa dah dengan perkara sebegini. Saya tak kisah. Cuma saya harapkan jangan ada pihak yang memperbesarkan isu ini.

“Suami saya belum tonton lagi filem ni, tak tahu apa kata dia nanti, kan. Tapi saya saya dia akan positif. Lagipun dia memamg sentiasa berfikiran positif”, katanya.

Diadaptasikan dari novel fiksi terlaris Pecah nukilan Nizam Bakeri, filem arahan Asrulhisyam Ahmad @ Black ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Filem Pecah bakal ditayangkan mulai 13 Jun ini. Dalam pada itu Izreen juga memberitahu setelah bergelar isteri dan tidak lama lagi bergelar ibu pula, jadi dia mengambil keputusan untuk lebih sensitif terhadap pemilihan watak dalam setiap tawaran selepas ini.

Kalau sebelum ini dia lebih dikenali dengan karakter antagonis, tetapi atas permintaan suami, Izreen berkata dia sebolehnya tidak mahu lagi menghidupkan karakter seorang wanita yang terlalu jahat. Jauh sekali mahu tampil seksi ataupun melakonkan babak seperti aksi di ranjang.

“Sejak bergelar isteri dan tak lama lagi ibu, saya lebih sensitif dengan watak yang saya ambil. Suami pun ada nasihatkan, katanya kalau watak jahat sangat atau di atas katil semua tu, jangan lah ambil tawaran tu. Sebab tak mahu ada apa-apa isu nanti. Tapi dia tak pernah menghalang saya untuk terus aktif berlakon. Dan sebaik selepas habis berpantang nanti, saya akan terus kembali ke set penggambaran”, katanya.

Izreen dijangka melahirkan anak sulungnya pada awal atau pertengahan Julai ini. Aktres yang mula melonjak namanya menerusi drama bersiri Tentang Dhia ini akan bersalin di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan akan berpantang di sini selama 47 hari.

“Allhamdulillah semua persiapan untuk baby dah selesai. Tinggal nak bawa ke hospital jer nanti. Tapi buat masa ini saya tak boleh beritahu jantina anak kami. Tapi jangan risau, sebaik saja dia lahir saya akan berkongsi berita gembira ini bersama semua di Instagram nanti”, ujarnya sambil tertawa.

Izreen dan suaminya, jurukamera Muhammad Riza Baharudin atau Riza selamat bernikah pada 30 Ogos tahun lalu.

Yuna Mahu Balik Sambut Hari Jadi di Malaysia


Penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai aka Yuna merancang mahu pulang ke tanah air sekaligus menyambut ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada November depan. Pelantun Terukir di Bintang dan Shine Your Way itu menyatakan hasrat tersebut melalui webcam secara terus dari Amerika Syarikat pada satu sidang media Shout Awards 2013, baru-baru ini.

Ketika menjawab pertanyaan sama ada beliau akan pulang dan menghadiri anugerah berprestij anjuran 8TV itu, Yuna memberitahu yang beliau semestinya mahu pulang bagi mengahdiri anugerah tersebut dan menyambut hari jadinya.

“Saya akan kembali jika saya boleh kerana hari jadi saya juga pada bulan November dan saya biasanya saya akan pulang dan menyambut hari jadi saya. Jadi ya! saya mungkin akan pulang untuk Shout Awards dan hari jadi saya”, kata seperti yang dilaporkan redcarpet.net.my


Bintang yang lahir pada 14 November 1986 itu dengan nada bergurau juga berkata, dia akan pulang untuk ‘Kak Jen’ (Jennifer Thomson), merupakan Ketua majlis Shout Awards, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.

Penyanyi dan penulis lirik berbakat besar itu kini bernaung dibawah syarikat rakaman milik penerbit muzik terkenal, David Foster iaitu Verve Records di Amerika Syarikat. Yuna sekarang sibuk dengan rakaman album terbarunya.

Beliau juga merupakan salah seorang artis yang mengambil bahagian dalam sesi “Google+ hangout session” pada pengumuman acara Shout Awards edisi ke-4 itu. Shout Awards dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 November 2013.

Yasmin Hani Jelas Sebab Sorok Berita Diri Hamil


Sebelum ini, pihak media pernah mendapatkan kesahihan berita mengenai isu dirinya hamil. Namun ketika itu, dia merahsiakan tentang kehamilannya itu. Namun pada 28 Mei lalu, menerusi lama Instagram miliknya, dia sendiri berkongsi berita gembira tersebut dengan mengumumkannya yang dirinya sedang hamil 16 minggu.

Menurut pengacara dan pelakon Yasmin Hani Richardson, 34, atau mesra dengan panggilan Hani, sebelum ini, ada sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan tentang kehamilannya.

“Sebelum kandungan saya ini mencecah usia empat bulan, saya bimbang ia tidak kuat dan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Namun setelah usia kandungan mencecah empat bulan, baru saya berasa yakin untuk mengumumkannya ke pada pihak luar tentang kehamilan saya ini.


“Semua itu bukan semata-mata atas kehendak saya, malah ekoran nasihat daripada suami dan ibu saya sendiri. Saya berharap mereka di luar sana faham kenapa saya merahsiakan berita gembira ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo hari ini.

Dijadualkan melahirkan anak sulungnya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 November depan, kata Hani, ikut perancangan dia mahu berpantang di rumah sendiri mengikut tradiis Melayu. Mengenai jantina anak, Hani tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Janji bayinya itu sihat dan dia juga suaminya, bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetap akan menyayangi anak mereka.

Kata Hani, mengandung bukan menjadi penghalang untuk saya bergiat aktif bersama rakan-rakan. Bahkan dia tetap aktif dengan dengan projek seni terbaharunya, Celebrity Reel! Hani dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Majlis akad nikah dan persandingan mereka berlangsung di Duchess Place Jalan Ampang.

Johan As’ari Bakal Bertunang Dengan Gadis Pilihan Hujung Tahun Ini

Satu lagi sebab untuk peminat pelakon muda ini makan hati. Heh. Johan As’ari di’khabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan beliau sekitar penghujung tahun ini.

Laporan GUA baru baru ini menyebut yang Johan As’ari kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis daripada sebuah stesen televisyen tetapi mahu merahsiakan identiti gadis yang berjaya memiliki hatinya itu.

“Sebenarnya, perkara ini saya tidak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarga dia. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini. Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. Insya-Allah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin”

Menurut pelakon drama Karlos ini lagi, beliau terpikat dengan gadis tersebut kerana sikapnya yang sering mengingatkan Johan As’ari tentang waktu solat. Molek sungguh daya penarik gadis pilihan beliau.


Ada Masalah Dengan Ibu Mertua? Farid Kamil


Baru sahaja selesai rasanya menjawab persoalan orang ramai tentang kesahihan isterinya Diana Danielle sudah bersalin atau belum, nampaknya Farid Kamil ada satu perkara lagi perlu di’jawab.

Melalui akaun Twitter peribadi, Farid Kamil meluahkan perasaan beliau tentang hubungannya dengan ibu mertua yang seakan kurang baik kini — berdasarkan apa yang di’tulis oleh Farid Kamil sendiri.

“Ada orang tanya saya macam mana boleh hidup dengan ‘mertua’ yang macam tu? Saya jawab nak buat mcmana? Dah dia memang lagu tu,” tulis Farid Kamil selain mengulas nasihat oleh ibunya sendiri.

Ibu Farid Kamil sendiri memberikan pesanan buat beliau untuk banyak bersabar kerana ibu mertua juga seperti ibu kandung, perlu juga di’sayangi. Dan, Farid Kamil mengulas yang mertuanya lain dari yang lain.

“Bersabar, rasanya dah 4 tahun bersabar,” tulisan terakhir Farid Kamil selain bergurau mengatakan filem klasik Ibu Mertuaku menggambarkan tepat situasi beliau sekarang ini. Apa cerita Farid Kamil?

Friday, 7 June 2013

Bahaya Makanan Goreng Dengan Minyak 'Recycle'

Cara hidup kita zaman ini sepatutnya sudah mula diubah dan kita tidak sepatutnya memakan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak (deep fried).



Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita?

Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita.

Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan.

Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat.

Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.

Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.

Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3.

Pisang Yang Digoreng
Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.  

FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak.    - Artikel oleh The Secret Medicines

Rahsia Lima Jari


1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".



4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.

Waspada Dengan 'Periuk Ajaib'

Perkembangan teknologi termaju adalah rahmat kepada manusia kerana ia memudahkan tugas dan menjimatkan masa. Tetapi bukan semua teknologi boleh mendatangkan kebaikan.


Terbaru, terdapat sejenis periuk kembar yang dikatakan 'ajaib' (bukan bermaksud ia benar-benar ajaib) yang boleh membantu kita memasak makanan dengan lebih mudah, cepat dan lebih menariknya ia memiliki ciri-ciri tidak melekat (non-stick) dan kurang asap. Masakan anda akan mudah diuruskan, periuk juga mudah dicuci kerana tiada bahan-bahan masakan yang tinggal melekat pada permukaan periuk.


Apa yang hendak diperkatakan di sini, kita seharusnya tahu apakah jenis bahan yang digunakan dalam pengeluaran yang bertindak sebagai lapisan untuk menjadikan permukaan periuk tidak melekat.Selain dari itu, apa yang mengejutkan kami ialah sejenis bahan seperti gelang getah tebal dijadikan sebagai gasket untuk menghalang asap dan segala aroma dari terbebas keluar dari periuk itu apabila ia ditutup.Bahan getah yang dipanaskan ini sudah tentu akan bertindakbalas mengeluarkan bahan-bahan toksik dan seterusnya masuk dan bercampur dengan bahan masakan di dalam periuk. Jika ia dilakukan secara berterusan, tidak hairan lambat-laun mengapa pengguna itu boleh mendapat kanser.


TSM tidak mengajak pengguna menolak kemajuan teknologi tetapi kita seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya. Sekalipun pengeluar mendakwa bahan yang digunakan ialah aluminium atau besi tahan karat, ia adalah bahan asas periuk itu. Apa yang kita perlu ketahui ialah bahan lapisan yang membuatkan ia tidak melekat. Terdapat beberapa jenis bahan merbahaya yang biasa digunakan untuk menjadikan periuk tidak melekat iaitu asid perfluorooctanoic (PFOA) dan asid perfluorooctanesulfonic (PFOS). Pada 2005, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) mengeluarkan laporan bahawa kedua-dua jenis bahan ini disahkan menepati ciri-ciri bahan yang dikategori sebagai karsinogen (penyebab kanser).


Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Environment Health Perspectives pula, ia menemui kaitan antara asid perfluorooctanoic (PFOA), asid perfluorooctanesulfonic (PFOS) dengan penyakit osteoarthritis (OA - penyakit yang hampir sama dengan gout). Tumpuan dijalankan terhadap kedua-dua jenis bahan ini kerana ia telah digunakan secara meluas dalam persekitaran dan didapati mencemar hidupan liar dan manusia. Ia digunakan dalam beratus-ratus proses industri dan produk pengguna seperti kertas pembungkus makanan tak melekat, pakaian fabrik tak telap air dan tahan karat serta produk penjagaan diri.


Mereka mendapati pendedahan terhadap PFOA dan PFOS berkait rapat dengan kemungkinan besar penyakit osteoarthritis.



Sebelum anda tertarik dengan sesuatu produk terbaru, tanyalah dahulu apakah produk itu selamat digunakan. Tanya penjual atau pengeluar apakah jenis bahan lapisan non-stick yang digunakan. Adakah mereka menggunakan PFOA dan PFOS. Jika jawapannya ya, lebih baik lupakan saja. Sebagai penjual dan pengeluar, keselamatan pengguna adalah perkara nombor dua. Yang pertama ialah menjana keuntungan dan memastikan produk laris dijual.


Nasihat kami, kembali kepada cara lama. Gunakan periuk besi keluli tahan karat yang masih elok di dapur anda. Khidmatnya masih diperlukan. Elakkan memakan makanan yang dimasak di atas dapur 'ajaib' ini atau semua jenis periuk 'non-stick'.

Bagaimana Resepi Rahsia KFC Disimpan



Perlu Tahu : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan? | Makanan Fast Food seperti KFC sememangnya amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Biarpun ia tidak digalakkan untuk makan selalu, restoran terkemuka dunia ini sering dipenuhi oleh pelanggan yang rata-rata datang dari pelbagai kaum. Mungkin ada di antara kita pernah tertanya-tanya apakah sebenarnya resipi yang telah KFC gunakan untuk ayamnya tersebut. Adakah ia didedahkan kepada umum? Tidak, malah resipi untuk kini menjadi rahsia sehingga hari ini.


Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnya didedahkan.

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.

Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.




Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.

Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata :-
“This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,”



Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?



“We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick,” Dietl said. “We put in motion sensors also CCTV that’s hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you’ll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that’s what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it.”

Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.

Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.

Otak atau Jantung yang Berfikir? Sains & Al-Quran

Terdapat manusia yang mengatakan Jantung Berfikir pada beberapa abad yang lepas,ada manusia yang tidak bersependapat dengan perkara tersebut..Timbul persoalan adakah benar?Demi Al-Quran yang tidak ada syak dan sebarang keraguan!Al-Quran tidak pernah menyatakan sesuatu yang salah!fakta sebenarnya ialah jantung juga mempunyai sel memori yang bersambung dengan sel memori otak~

Sebelum penerangan selanjutnya,jom usya&baca kisah ni dulu k..sgt menarik entri kali ini,

Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri.Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.Apabila sembuh,beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih.Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.[dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008]

Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut.Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama.Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin ,dan mereka hidup mewah di sebuah banglo.

Pada waktu sama,suatu perkara ganjil telah berlaku pada diri Graham.Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya,beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri.Menurut  isteri yang baru dikahwininya,perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu.Kegemaran buruk bekas suaminya dulu,kini diikuti oleh suami barunya.Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.Akhirnya,beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri,sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya.

Dalam kes lain dilaporkan professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall,seorang pemuda yang gemar menggubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebayanya.Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu.Lebih menyayatkan hati,lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemuda penerima jantung tersebut.Apabila ibu pemuda itu mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut,dia tiba-tiba menangis kesayuan keraga lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.

sila rujuk surah> (Surah al-Hajj: 46);

"Apakah mereka tidak berjalan di permukaan Bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya?Maka Sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada "




Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan otak ,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Parasaintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells  yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah.

Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memodalam kapasiti tertentu yang diceteuskan oleh sel ganglia tersebut.Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks,tidak balas kimia,asid amino dan gelombang elektrik.


Dari sekian peneliti psychophysiological untuk hubungan otak dan jantung, beberapanya adalah John dan Beatrice Lacey. Melalui 20 tahun penelitian, mereka temukan bahwa jantung berkomunikasi dengan otak dalam cara-cara yang secara signifikan mempengaruhi bagaimana cara kita memandang dan bereaksi terhadap fenomena. Kedua peneliti itu juga menemukan betapa jantung sepertinya punya logika “anehnya” sendiri yang memiliki alur berbeda (dan mandiri) dari arahan dari sistem syaraf tak-sadar (autonomic). Jantung ini tampak selalu mengirimkan pesan sarat-makna kepada otak yang tidak hanya dipahami oleh si otak, namun juga dipatuhi. Maka menariknya, pesan dari jantung tersebut akan berpengaruh pada pilihan perilaku seseorang.



Do they not travel through the land, so that their hearts (and minds) may thus learn wisdom and their ears may thus learn to hear? Truly it is not their eyes that are blind, but their hearts which are in their breasts.

Pada 1991, Dr. J. Andrew Armour memperkenalkan konsep “otak jantung”. Hasil kerjanya menyatakan bahwa jantung memiliki sistem syaraf intrinsik kompleks yang sedemikian rumitnya hingga boleh dikatakan bahawa dia memiliki “otak kecil”nya sendiri. Jantung memiliki sistem sirkuit yang menjadikannya mampu bertindak independen atas otak – untuk secara mandiri belajar, mengingat, dan bahkan merasa dan mengindera.
Sistem syarat jantung terdiri dari 40.000 neuron yang disebut sensory neurites. Komunikasi antara jantung dan otak dilakukan melalui jalur afferent. Melaluinya, sinyal sakit (pain) dan sensasi rasa lain masuk ke otak, tepatnya yang disebut medulla. Lebih dari itu, ada juga sinyal yang terus masuk lebih dalam ke wilayah otak sedemikian rupa berpengaruh pada persepsi, pengambilan keputusan dan proses kognitif yang lain.
The heart is the most powerful generator of rhythmic information patterns in the human body.
Institute of Heartmath menemukan bahwa manakala pola ritme otak bersifat baik dan koheren, informasi syaraf yang dikirimkan ke otak akan memfasilitasi cortical function. Efek darinya adalah: kejelasan pikiran yang meningkat, kemampuan pengambilan keputusan yang lebih baik, dan meningkatnya daya kreatif. Sebagai tambahan, input yang koheren dan positif dari jantung cenderung akan membentuk cara pandang dan rasa yang baik.

Saturday, 1 June 2013

Twitter Memudahkan Lagi Proses Penyuntingan Info Di Profil



Dengan penggunana Twitter yang semakin meluas hari semakin hari, hari ini mereka hadir dengan  kemaskini pada versi web dalam memudahkan pengguna untuk menyunting info semasa dan juga gambar pada profil mereka.

Pengguna kini ditawarkan dengan kebolehan untuk mengemaskini profil dengan lebih mudah, disamping boleh memuat-naik gambar profil dan juga gambar latar dengan hanya drag-drop daripada komputer.

Mungkin dengan kemudahan yang ditawarkan, ia akan membolehkan para pengguna untuk lebih rajin mengubah gambar latar profil, mahupun membuat perubahan pada profil mengikut citarasa mereka. Bagi mereka yang ingin mencubanya, mungkin boleh ke halaman Twitter pada web, dan mencubanya sendiri pada bahagian penyuntingan profil.

KPop: Hyuna Mengaku Suara Sendiri Macam Burung Belatuk

Melihat aksinya ketika di pentas ketika membuat persembahan, sukar sebenarnya terutama bagi kaum lelaki melihat “cacat cela” gadis bernama HyunA ini. Namun penyanyi yang cukup dikenali dengan imej seksi ini mengaku yang dirinya banyak kekurangan.

Ketika muncul sebagai tetamu jemputan untuk program Baek Ji Yeon’s People Inside baru-baru ini, anggota kumpulan 4Minute itu membuat pengakuan,

“Saya tidak mempunyai suara yang halus dan suara saya kedengaran seperti burung pelatuk,” ujarnya. Malah HyunA menyedari yang ramai peminat lebih mengenali dia apabila mendengar suaranya berbanding melihat wajah atau dirinya.

“Setiap kali keluar, ramai tidak mengenali saya jika mereka hanya melihat penampilan saya. Tapi kalau mereka mendengar suara saya, terus mereka kenal saya,” sambungnya lagi


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”