Thursday, 6 March 2014

GRO ditahan ketika lalok

  • GRO ditahan ketika lalokSeorang GRO ditemui bersembunyi di belakang pintu bilik air pusat karaoke tersebut.
 1 / 1 
JOHOR BAHRU - Akibat lalok dan asyik melayan alunan muzik di sebuah pusat karaoke di Jalan Keris Taman Seri Tebrau, di sini, pelayan dan pelanggan tidak menyedari tempat hiburan tersebut diserbu penguatkuasa.

Serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Johor menerusi Ops Bersepadu kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Mengetuai operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sapian Kamaruddin bersama 15 anggotanya yang mendapat maklumat mengenai kehadiran pegawai perhubungan awam (GRO) warga asing.

Hasil serbuan itu, seramai 30 pelanggan dan GRO diperiksa manakala 14 daripada pelayan warga asing ditahan kerana  salah guna pas lawatan sosial dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Semua yang ditahan berusia 19 hingga 35 tahun terdiri daripada 13 wanita Vietnam dan seorang dari China.

“Mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Jelasnya, beberapa pelayan yang sedar kehadiran penguatkuasa cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan menyorok di bawah kerusi serta celah pintu bilik air, namun dicekup.

Keadaan terkawal semasa kejadian dan mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika utk tindakan lanjut.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”