Thursday 6 March 2014

Mangsa kemalangan sempat peluk teman wanita



PETALING JAYA - Seorang lelaki sempat memeluk teman wanitanya yang trauma selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan berpusing beberapa kali namun akhirnya dia maut dalam kejadian di Kilometer 17.2 Lebuh Raya Damansara Puchong, malam kelmarin.

Sebelum kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, N Nesa Raja, seorang penghantar surat, bersama teman wanitanya menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback dari Puchong menuju Damansara.

Menurut saksi, kereta dipandu mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali.

Katanya, kenderaan itu berpusing sejauh kira-kira 500 meter, sebelum merempuh pengadang di bahagian kiri jalan.

"Selepas kereta itu merempuh pembahagi jalan, mangsa sempat memeluk teman wanitanya berkemungkinan untuk menyelamatkan wanita itu.

"Bagaimanapun, kepalanya terhentak pada tingkap yang terbuka dan pembahagi jalan sepanjang kereta itu berpusing," katanya.

Saksi berkata, darah serta sebahagian daging di muka dan otak mangsa itu dilihat bertaburan atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Teman wanitanya yang dilaporkan cedera ringan turut menerima rawatan di hospital sama.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”