Thursday 6 March 2014

Tahun lumpuh seludup rokok

Kuala Lumpur: Direman dan dipenjara. Itu tegas Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Khazali Ahmad sebagai bukti tiada kompromi kepada sesiapa saja yang terbabit mengedar, membeli atau memiliki rokok seludup.
Khazali berkata, tahun ini pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain memperhebatkan lagi operasi dan 2014 juga disifatkan sebagai ‘tahun tindakan’ bagi melumpuhkan rantaian aktiviti penyeludupan rokok. 
Sehubungan itu, katanya, JKDM menubuhkan unit khas dinamakan 'strike team' membabitkan 44 pasukan di seluruh negara dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan diberikan bermula semalam.

Beliau berkata, matlamat disasarkan ialah mengurangkan penguasaan rokok seludup di pasaran tempatan sebanyak lima peratus sehingga hujung tahun ini berbanding 35 peratus buat masa sekarang.


KHAZALI (kanan) dan Matrang melancarkan Ops Outlet di Restoran Nasi Kandar Pelita Ampang, semalam.

“Tahun 2013, JKDM mengutip sebanyak RM3.5 bilion cukai rokok iaitu 11 peratus daripada kutipan hasil keseluruhan JKDM sebanyak RM33.126 bilion yang juga penyumbang hasil kedua terbesar selepas kutipan cukai ke atas kenderaan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”