Tuesday, 3 July 2012

Android OS Penyebar Malware Terbesar???



Berdasarkan Statik Penggunaan OS di Malaysia, Sistem Operasi Android mencatatkan rekod tertinggi dan ini membuktikan Sistem Operasi Android semakin menguasai pasaran bukan sahaja di negara kita bahkan juga di seluruh dunia, sehingga mampu menggugat penguasaan Apple melalui Sistem Operasi iOS mereka.

Telefon pintar seperti Samsung dan HTC yang menggunakan Sistem Operasi Android juga dilihat menguasai dominasi smartphone pada masa kini. Di sini jelas membuktikan teknologi Android diterima hampir semua golongan masyarakat dunia dan kerana itulah Android menjadi semakin popular dari hari ke hari sejak pertama kali diperkenalkan dahulu.


Berdasarkan graf di atas, serangan malware keatas OS Andorid pada suku pertama tahun 2011 sehingga 2012 pada suku yang sama meningkat empat kali ganda dan ianya bukanlah satu jumlah yang kecil dan boleh dipandang ringan. Perkara ini amat serius dan membimbangkan para pengguna Sistem Operasi Android.

Sebagai langkah pencegahan sekinya anda menggunakan telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, pastikan anda mengendalikannya dengan bijak dan betul. Berhati-hati ketika memuat-turun aplikasi daripada Google Play, terutama sekali aplikasi-aplikasi yang popular pada masa kini Pastikan aplikasi yang anda muat-turun adalah benar-benar dari sumber mahupun pembangun yang boleh dipercayai.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”