Tuesday 3 July 2012

Proton EV Dan REEV : Dua Kenderaan Elektrik Buatan Malaysia (21 Gambar)


Proton EV dan Proton REEV ialah dua kenderaan eletrik buatan Proton. Proton EV ialah kenderaan eletrik yang diubah suai dari Saga FL sementara REEV pula diubah dari Exora. Kedua-dua kereta ini sedang dipandu uji oleh Proton setelah berada dalam proses pembangunan selama hampir 2 tahun

Untuk Proton Electric Vehicle, ruang depan dan belakang (bawah spare tyre) diletakkan bateri yang mampu memberikan jarak perjalanan maksimum 120 kilometer. Top speednya pula dalam lingkungan 120 Kmj. Untuk mengecasnya pula memerlukan 6 jam dan palam 3 pin biasa boleh disambung terus untuk mengecas Proton EV.

Proton REEV (Range Extended Electric Vehicle) pula sebuah kenderaan hibrid petrol dan elektrik. Ianya boleh berjalan sehingga 600 kilometer. REEV memenangi anugerah "Best Overall Extended Range Vehicle" di Future Car Challenge baru-baru ini. Dalam Future Car Challenge kereta elektrik dan hibrid dipandu dari Brighton ke London. Ini amat membanggakan!

Kedua-dua kereta ini hanya akan memasuki pasaran seawal 2013. Harga tak tentu lagi tapi dipahamkan mungkin akan lebih mahal dari kereta Proton biasa kerana harga bateri yang mahal.

Aku sempat pandu uji Proton EV dan I have to say the feeling is weird. Tak ada bunyi enjin dan respone kepada accelerator adalah INSTANT. Pecutannya juga lebih power dari kereta biasa. Best of them all ialah gear kereta eletrik cuma ada empat. Reverse, Neutral, Drive dan S. Gear S digunakan bila nak memandu sementara D untuk naik bukit dan melakukan parking. Cool beans!

Thanks Proton kerana melayan interview inpromtu aku tempohari







No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”