Tuesday, 3 July 2012
Uncle Seekers VS Sultan Johor!!
Ketika laporan berita ini dikeluarkan, “drama bersiri” mengenai kerabat Sultan Johor dan kepimpinan tertinggi negeri Johor dari blog Uncle Seekers boleh dikatakan baru sahaja bermula. Melihat lambakan artikel bersiri mengenai cerita disebalik tabir melalui blog Uncle Seekers ini yang kini sudah menginjak ke SIRI yang ke 62 banyak berkisar kepada beberapa persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri tinggi.
Dan sekarang ini, pendedahan Uncle Seekers ini sudah mula menyelitkan beberapa maklumat yang mahu dikongsikan kepada orang ramai dan tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang masih dilihat “tidak sudi untuk meminang” Uncle Seekers untuk disoal siasat seperti mana tindakan pantas yang dilakukan terhadap kes hina Sultan Johor yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui isu plat WWW1.
Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor
JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog Uncle Seekers, uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog Uncle seekers berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.
“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog Uncle Seekers semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.
Jikalau diteliti laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan individu bukan bersandarkan kepada dakwaan fitnah tetapi lebih kepada tulisan artikel-artikel di blog Uncle Seekers yang dilihat menghina dan mengaibakan Tuanku Sultan Johor. Ehem….
Jikalau didapati maklumat yang dikemukanan adalah berbentuk fitnah, Uncle seekers haruslah dihukum dengan tindakan undang-undang yang sewajarnya
Tetapi…….persoalannya sekarang ini jikalau perkara-perkara yang dikemukakan melalui blog Uncle Seekers adalah fakta, adakah Uncle Seekers dipihak yang salah?
Apa yang penting di sini, artikel-artikel dari blog Uncle Seekers yang terus-menerus terhadap Sultan Johor, beberapa kerabat Sultan Johor dan juga kepimpinan tertinggi negeri Johor ini haruslah disiasat bagi mengetahui kebenaran disebaliknya.
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment