Tuesday 3 July 2012

UiTM Hantar 12 Penuntut Ke India Untuk Projek Satelit



SHAH ALAM, 2 Julai (Bernama) — Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menghantar 12 penuntutnya ke Universiti Noorul Islam di Tamil Nadu, India untuk menyertai projek pembinaan dan pelancaran satelit universiti itu.
Naib Canselornya, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata UiTM akan menanggung kos penghantaran semua penuntut Fakulti Kejuruteraan itu, yang berada di sana tiga bulan sehingga Oktober ini bersama penuntut universiti lain dari seluruh dunia.
Beliau berkata mereka akan berlepas ke India hujung bulan ini.
“Harapan saya ialah supaya penuntut kita akan balik dan mampu membina serta melancar satelit sendiri di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelepasan pasukan UiTM ke pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2012 pada Isnin.
Sahol Hamid berkata pemilihan penuntut juga melibatkan tahun pengajian berbeza bagi memastikan ilmu yang diperoleh di sana dapat dikongsi dengan penuntut baharu fakulti itu.
bernama

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”