Wednesday, 11 July 2012

Ibu Irma Hasmie Nafi Status Duda Menantunya



KUALA LUMPUR : Minggu lalu, Murai Batu terkejut apabila mendapat tahu status suami Irma Hasmie yang tampan itu secara tiba-tiba telah dibahaskan dalam sebuah forum popular.
Menerusi perang komen itu, suami Irma yang bernama Redza Syah Azmeer atau lebih mudah dipanggil Redza didakwa pernah berkahwin pada awal Januari 2012.
Namun, perkahwinannya itu hanya bertahan dalam masa yang singkat saja sehinggalah dia berjumpa dengan Irma sewaktu pasangan ini menunaikan umrah pada Februari lalu.
Sebelum itu, persoalan ini pernah ditanyakan pihak media sewaktu Irma mengikat tali pertunangan pada Mac lepas. Ketika majlis pertunangan itu, ibu kandung Irma pernah menafikan status menantunya itu yang dikatakan seorang duda berhias.
Dalam sesi soal jawab itu, ibu Irma difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai soalan ini dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi.
Malah, ibu Irma disifatkan tidak mahu mengambil tahu dalam hal ini serta mahu anaknya bahagia.
Apa sekalipun, Murai Batu menanti saat Irma untuk mengesahkan hal ini. Seandainya benar suaminya itu seorang duda, ianya bukan satu kesalahan pun. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tidak semua orang bahagia dengan perkahwinan pertama dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Yang penting, jangan merampas suami orang. Nanti lagi rumit jadinya. – Murai

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”