Wednesday, 11 July 2012

Usop Wilcha Nak Cuti Sebulan


Namanya tidak tersenarai dalam HOT FM Krew bulan ini. namun usah gusar kerana pelawak Usop Wilcha sebenarnya bercuti panjang.

Usop berkata, dia tidak tahu bagaimana gosip kononnya digugurkan dari HOT FM Krew timbul hingga dikatakan mahu kontrak yang berbaki setahun lagi, ditamatkan.

Hakikatnya, dia memohon cuti dari konti sebelum pengurusan stesen radio popular itu membuat rombakan penyampai.

Usop berkata, keputusan bercuti sebulan itu dibuat bagi membolehkan dia memberi tumpuan kepada bidang lakonan.


” Sebelum ini, saya fikir mampu buat semua benda dalam satu masa. Dalam situasi sebenar, saya tidak larat malah cubaan bersiaran di radio disusuli bergegas ke lokasi penggambaran membuatkan saya jatuh sakit.

” Bukan salah radio mahupun produksi, cuma barangkali stamina dan fikiran saya asyik memikirkan keluarga ditambah kesihatan ibu ketika itu yang tidak menentu menyebabkan saya mudah jatuh sakit,” katanya yang baru saja selesai penggambaran  Dr K Kahwin 5, bulan lalu.

Cerita Usop, berikutan masa kerja yang panjang iaitu dari konti bersambung ke lokasi penggambaran, hampir seminggu bapa kepada cahaya mata berusia dua tahun itu demam.

Dia ditemui pada Fiesta BH di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,kelmarin, berkongsi cerita sedih iaitu ibu tersayang, Tom Ali Khan kembali ke rahmatullah, kira-kira tiga minggu lalu.

Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah ini bersyukur  kerana HOT FM cukup memahami kecenderungannya dalam bidang lakonan.

” Sebelum rombakan penyampai dibuat, saya sudah minta cuti. Ditakdirkan pula ibu meninggal dunia, jadi selepas cuti kecemasan, bersambung pula cuti yang sudah dipohon untuk penggambaran Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.

” Bagi saya, tidak adil jika terlampau mementingkan diri tanpa memikirkan anak isteri atau rakan setugas lain. Ini kerana untuk menyiapkan sebuah filem, sekurang-kurangnya saya perlu mengambil  cuti tiga minggu,”katanya

Sumber Dari : Berita Harian

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”