Wednesday, 11 July 2012

Identiti Penyerang JPM ialah Khalil Afandi@Jaya Negara


Khalil Afandi?? Lelaki yang mengamuk di PutraJaya dengan membawa pedang samurai dan akhirnya maut akibat terkena tembakan polis adalah seorang blogger Jaya Negara berdasarkan maklumat dari facebook.Tulisan-tulisan dalam blognya banyak memaparkan pandangan dirinya tentang kehidupan dan ketuhanan.
Petikan berita BH ini menguatkan tanggapan gua bahawa  pemilik blog itu adalah si pelaku kejadian amuk semalam.


Suspek dikenali Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dan seorang kenalan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28, mulanya ke Pondok Pengawal JPM sambil menghunus pedang sebelum dihalang anggota Polis Bantuan di situ, tetapi selepas tidak mengendahkan arahan menyerah diri, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran. Tembakan amaran Dua daripada tembakan itu masing-masing mengenai bahagian tangan dan ari-ari suspek lelaki dan satu lagi mengenai paha kanan Muhdalina. Walaupun terkena tembakan, Khalil dikatakan mengacu pedang samurai ke leher salah seorang anggota Polis Bantuan sambil memaksa dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan itu. - bharian



Almarhum pada pandangan admin adalah seorang yang mempunyai pandangan tersendiri tentang agama terutamanya Islam.

Kritikannya terhadap insan-insan ternama dalam hal ehwal islam di Malaysia memang kontroversi namun layak untuk difikirkan semua.

Jika benar dia adalah orangnya maka tulisan terakhirnya adalah berjudul  'HIDUP DAN MATI... apa yang dipertaruhkan' namun semua itu tak kan terjawab dengan pemergian arwah semalam..

**pada pendapat admin golongan yang sedikit menyasar ni patut kita selamatkan dan ajak pulang ke pangkal jalan jika boleh.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”