Wednesday 11 July 2012

Atlet Olahraga Wanita Didakwa Mer0g0l



India – Atlet wanita India, Pinki Pramanik, dibebaskan dengan ikat jamin selepas berdepan dakwaan rogol dan tuduhan dia sebenarnya adalah lelaki.

Pinki, ditangkap di West Bengal, bulan lepas selepas polis mendapat laporan daripada pasangannya, seorang wanita.

Pinki, atlet olahraga yang pernah memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia di Colombo pada 2006, bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

Dia sebelum ini telah dipaksa menjalani ujian jantina dan rakaman ujian berkenaan yang diambil dengan telefon bimbit telah dimuat naik dalam internet.

Keadaan ini menyebabkan aktivis hak asasi manusia membantah layanan yang diterimanya daripada polis.

Menurut pengerusi suruhanjaya wanita negeri, Sunanda Mukherjee, pihak berkuasa telah mencabul asasinya Pinki ketika dia berada dalam tahanan.


“Mereka telah menyatakan Pinki sebagai lelaki dalam dokumen. Bagaimana polis boleh menentukan bahawa Pinki adalah lelaki sedangkan laporan perubatan belum keluar lagi.

“Ketika kami menemuinya, dia menangis,’’ katanya.

Dalam pada itu, Persekutuan Atletik India memaklumkan akan menunggu laporan perubatan sebelum mengambil sebarang tindakan.-MyNewsHub

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”