Wednesday, 11 July 2012
Perompak dibelasah dan dijadikan hamba sks selama tiga hari!
Seorang lelaki Russia yang cuba merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak.
Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan.
Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut.
Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan ‘memberi pengajaran’.Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya.
Jasinski pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada kemaluannya yang membengkak sebelum membuat laporan polis.
Jasinski berkata sepanjang tempoh dikurung dia tidak diberi makan atau minuman, sebaliknya hanya dipaksa menelan pil viagra.
Ketika disoal polis, Zajac mengakui mereka mengadakan hubungan seks beberapa kali tetapi menafikan tidak memberi Jasinski makan.
“Dia sungguh jahat. Ya kami melakukan hubungan seks beberapa kali. Saya membelikan dia seluar jeans baru, memberi dia makanan, malah saya juga memberinya 1,000 rouble (RM150),”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment