Itulah reaksi yang diberikan oleh Zizan salah seorang pelakon utama bagi filem terbaru terbitan Grand Brilliance. KL Zombie. Memegang watak sebagai Nipis didalam Karya yang diadaptasi dari novel buku Fixi bertajuk Zombijaya, Zizan berharap agar para peminatnya akan memberi sokongan yang baik untuk filem ini, apatahlagi ini merupakan watak yang lain dari kebiasaan yang pernah dilakonkanya.
Menolak pengkhabaran yang kurang enak sebelum ini tentang dirinya yang adakalanya lewat ke lokasi ini jawabnya. “Bekerja dengan krew dan para pelakon lain yang sangat ‘happening’ dan rajin melayan perangai saya menjadi motivasi buat saya untuk turun ke set setiap hari,” Ujarnya juga tiada istilah sering lewat sepanjang berada di Set pengambaran KL Zombie.
Zizan baru-baru ini juga berjaya merangkul anugerah pengacara TV lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 dan pada 15 April lalu merupakan ulang tahun kelahiranya untuk kali ke 28. Satu kejutan sempena ulang tahun kelahiran Zizan telah diadakan di Bora Ombak oleh kelab peminatnya.
No comments:
Post a Comment