Wednesday, 11 July 2012

Pelakon ‘Berspender’ Di Pantai Dedahkan Diri



Masih ingat lagi dengan cerita yang pernah Mynewshub.my dedahkan baru-baru ini mengenai seorang pelakon lelaki baru yang bergambar seakan-akan berbogel dengan hanya memakai seluar dalam sahaja di tepi pantai di sebuah pulau di Thailand?
Kali ini, pelakon lelaki itu tampil mendedahkan siapa dirinya dan mengakui kejadian itu merupakan pengajaran buat dirinya.
Waslie Duby adalah pelakon baru yang pernah membintangi drama Titisan Darah Pahlawan, Langkah Bendul, Bicara Hati, Titisan & Rubiah.
Pastinya ada di kalangan penonton drama-drama itu tidak menyedari kewujudan Waslie dalam cerita tersebut.
Pun begitu, Waslie mengakui dirinya tidaklah terlalu bodoh untuk mendedahkan gambar panasnya sendiri hanya kerana ingin meraih populariti melalui jalan yang singkat.
Waslie sendiri ternyata terkejut gambar peribadinya itu tersebar meluas di internet dan merasakan pakaiannya itu sesuai untuk bersantai di tepi pantai.
Malah, Waslie sendiri mendedahkan seorang lagi pelakon lelaki yang turut bercuti bersamanya telah memuat naik gambarnya ke Facebook dengan ‘caption’ ‘berbogel’.
Ini kata-kata Waslie yang dipetik dari laman blog Buahmulut.com:
“Kalau saya yang mendedahkan gambar saya sendiri kepada pihak media semata-mata mahu lebih dikenali sebagai seorang pelakon maka saya boleh di katogerikan sebagai orang yang bodoh kerana pendedahan ini boleh menutup periuk nasi saya.
“Saya minta maaflah diatas gambar yang yang telah disebarkan ini. Saya akui ini gambar saya dan tak nafikan dengan adanya gambar seperti ini di internet sedikit sebanyak boleh memberi tanggapan yang kurang baik untuk diri saya sebagai seorang pelakon yang baru nak bertapak di bidang ini. Disebabkan gambar ini juga periuk nasi saya tergugat apabila digugurkan dari sebuah drama.
“Saya tak ada masalah jika ada juga yang percaya itu gambar bogel. Secara logiknya takkan la saya hilang akal sampai nak bergambar begitu sekali. Perkara sebegini memang sedikit sebanyak mengaibkan saya. Tapi sebagai seorang anak seni saya cuba untuk berfikir secara positif. Mungkin perkara ini ada hikmah disebaliknya dan label sebagai artis baru bermasalah akan cuba saya jauhi dimasa akan datang.
“Yang pasti ini memang bukan satu cerita fantasi rekaan saya sendiri untuk menonjolkan diri sebagai seorang pelakon baru. Ianya terjadi tanpa saya sedari dan saya akui ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan saya kepada penonton diluar sana.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”