Monday 14 January 2013

Jupe minta maaf


Kuala Lumpur: Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez menyatakan permohonan maaf kepada rakyat di negara ini terutama penggiat seni tanah air dan pelakon berhubung kritikan dikeluarkan kononnya drama dan filem negara ini tidak berkualiti.

Permohonan maaf itu dikemukakan Julia menerusi e-mel kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dua minggu lalu dan beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakannya itu.

Zed berkata, kini terpulang kepada semua artis Malaysia terutama pelakon dan pengarah filem sama ada memaafkan pelakon itu atau sebaliknya.

“Bagi SENIMAN, permohonan maaf itu sudah mencukupi dan sekurang-kurangnya Julia menghormati budaya dan sensitiviti negara ini. Tambahan pula dia (Julia) adalah pekerja asing yang mahu berlakon di sini,” katanya.

Julia Perez


Julia sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan kontroversi industri seni tanah air sejurus belum menjalani penggambaran filem Sentuhan Malam Pertama arahan Murali Abdullah, dia sudah mengutuk drama dan filem negara ini.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”