Monday, 14 January 2013

Wanita hilang sabar anak dinod@, dipukul




Kuala Lumpur: Selepas lebih dua tahun mendiamkan diri terhadap tindakan teman lelaki anaknya memukul dan merogol mangsa, seorang ibu akhirnya tampil membuat laporan polis selepas lelaki itu melarikan anaknya.

Sumber polis berkata, mangsa yang berumur 19 tahun itu dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek berusia 27 tahun sejak awal tahun lalu.


“Pada mulanya ibu mangsa merestui hubungan cinta itu, namun selepas beberapa bulan suspek sering memukul mangsa hingga cedera.

“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuat laporan polis kerana suspek memohon maaf dan berjanji berubah.


“Biarpun suspek pernah merogol mangsa, namun wanita itu masih bersabar selepas suspek menyatakan kesanggupannya untuk bertanggungjawab,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, pada 16 Disember lalu, wanita itu hilang sabar apabila suspek melarikan anak perempuannya sebelum mangsa ditemui di sebuah rumah di Skudai, Johor pada 10 Januari lalu.

Sumber itu berkata, ibu berkenaan membuat laporan polis selepas anaknya memberitahu dia dikurung suspek sepanjang tempoh berkenaan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”