Monday, 14 January 2013
Teknologi akan datang
SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2013 kali ini mempamerkan pelbagai gajet sama ada masih dalam prototaip atau akan berada di pasaran.
CES 2013 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) adalah tempat di mana pengeluar gajet pengguna tidak kira besar atau kecil atau dari mana saja berkumpul bagi mempamerkan produk masing-masing.
TELEFON KALIS AIR
INILAH telefon mudah alih yang boleh digunakan semasa mandi atau berendam di dalam kolam tanpa bimbang malah masih boleh digunakan selepas terjatuh.
Telefon bimbit terkini Sony iaitu SonyXperia Z diharap dapat mengambil alih tempat telefon bimbit yang sekelas dengannya.
Telefon dengan skrin selebar 12.7 cm boleh bertahan dalam air sehingga kedalaman satu meter selama 30 minit.
Apa yang lebih menarik, telefon berkenaan boleh dibasuh di bawah air paip.
Pihak Sony menambah, satu daripada 10 orang pasti menjatuhkan telefon mereka dan ini akan dapat membantu.
Paparan telefon ini mempunyai resolusi yang paling tinggi dalam dunia telefon mudah alih mengalahkan Retina iPhone.
Skrin selebar 5 inci mempunyai piksel setanding dengan tv skrin nipis Full HD 55 inci yang jelas dan mewah dengan warna.
Nampaknya Sony Xperia Z adalah cabaran uatam dalam pasaran Galaxy SIII dan Apple iPhone 5.
Selain itu gajet ini dilengkapi kamera resolusi tinggi 13 megapiksel.
Labels:
Sensasi,
Tech Infor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment