Thursday 28 March 2013

Hadiah musim cuti sekolah




KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda terpaksa akur apabila dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita, November tahun lalu.

Mohd Aswadi Mohd Zam, 30, dari Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, Dungun, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah merompak sebuah beg galas mengandungi kad pengenalan, buku ASB, kad ATM CIMB, slip BR1M 2.0, dua buah telefon bimbit dan serangkai kunci kedai milik Nooraslizawati Johari, 31.

Dia mengaku bersalah merompak barang melibatkan nilai kerugian kira-kira RM600 itu di tepi jalan menghala ke Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun, pada 19 November 2012, lebih kurang jam 10.30 malam.

Mohd Aswadi mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin.

Terdahulu, kata-kata Zainal Abidin yang hukuman diberikan merupakan ‘hadiah musim cuti sekolah’ kepada Mohd Aswadi telah mencuit hati orang awam yang berada di dalam mahkamah

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”