Thursday 28 March 2013

Sentuh Tangan Masih Boleh, Peluk Dan Aksi Ranjang Tak Boleh – Nur Fazura





Ditemui ketika majlis pelancaran drama terbarunya yang bertajuk Kisah Cinta, Fazura tampil memberi penjelasan. Kata Fazura:-

Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon. Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh.

Fazura juga melahirkan rasa terkejutnya apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain. Kata Fazura:-

Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”