Thursday, 28 March 2013

Penganggur dituduh cabul anak tiri



KOTA BHARU- Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah majistret di sini kelmarin terhadap tuduhan mencabul anak tirinya yang berusia 41 tahun pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad tertuduh berusia 60 tahun membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Sehubungan itu, Nik Habri menetapkan 20 Mei depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 41 tahun di sebuah rumah di Jalan Yaacobiah di sini pada jam 11 malam pada 23 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Dayana Mohamed bagaimanapun tidak menawarkan jaminan berikutan mangsa adalah anak tiri tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon kepada mahkamah supaya dikenakan jaminan.

Oleh itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mendekati mangsa.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”