Thursday 28 March 2013

Dua remaja dicabul di surau lama



Kegembiraan dua sahabat untuk bertemu teman lelaki bertukar mimpi ngeri,
apabila kedua-dua mereka dirogol di surau lama, Jalan Padang Golf di sini, kira-kira seminggu lalu.

Sebelum kejadian, kedua-dua remaja yang tinggal di Rawang itu, difahamkan keluar untuk bertemu teman lelaki mereka di kawasan Kuala Kubu Baru pada Khamis lalu.

Mereka bagaimanapun tidak pulang ke rumah selama tiga hari, sebelum kedua-duanya berjaya ditemui di sebuah kafe siber di kawasan sama pada Sabtu lalu.

Susulan itu, dua laporan polis dibuat kelmarin oleh keluarga kedua-dua remaja berusia 14 dan 15 tahun itu yang mengesyaki mereka dirogol.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, polis kemudiannya menahan dua lelaki berusia 15 dan 18 tahun iaitu teman lelaki kepada dua mangsa terbabit.

"Hasil soal siasat awal, dua suspek itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kedua-dua mangsa di surau sebuah sekolah menengah

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”