Friday, 1 June 2012

Cara Memasang Google Webmaster Pada Blog WordPress


ingin berkongsi satu tutorial cara memasang fungsi serta kod vertifikasi google webmaster(webmaster verification code) pada blog wordpress. Ini merupakan tutorial pertama yang Ammar kongsi sejak bertukar dari blogspot kepada wordpress. Tutorial ini sangat mudah kerana Ammar sertakan gambar untuk setiap langkah.



Sebelum itu mungkin ada tertanya-tanya apa fungsi dan kelebihan menggunakan google webmaster ini. Jawapannya adalah dengan google webmaster ini blog anda akan lebih google-friendly. Selain itu dengan webmaster ini juga pemilik blog akan mudah untuk melihat pencarian keyword, Crawl errors, Site map, Links dan banyak lagi. Perkara terpenting dengan google webmaster ini adalah blog anda akan mudah dan cepat terindex oleh google. Fungsi ini sangat sesuai untuk blog yang selalu bermain dengan artikel SEO.



Bagaimana cara untuk memasang fungsi google webmaster pada blog wordpress? Caranya adalah sangat mudah. Ikuti langkah ini:



1. Pergi ke google dan search “google webmaster” dan anda akan kelihatan paparan seperti gambar di bawah.


2. Dengan menggunakan akaun google anda sign in to webmaster tools.


3. Masukkan URL blog anda pada ruangan seperti gambar di bawah. Klik continue.


                     4. Seterusnya akan muncul bahagian verification code. Copy code tersebut.

5. Buka halaman lain pada browser anda dan masuk bahagian dashbord blog wordpress. Seterusnya klik Appearance-> Editor



6. Kemudian muncul seperti gambar dibawah ini. Paste code yang di copy tadi di ruangan selepas code ini <head profile=”http://gmpg.org/xfn/11″>. Contohnya adalah seperti gambar di bawah. Seterusnya klik update.


7. Langkah berikutnya pergi ke bahagian verification code tadi(Langkah 4) dan klik verify. Akan mucul seperti gambar di bawah.


8. Klik continue dan selesai. Akaun google webmaster anda berjaya dicipta.



Selamat mencuba. Semoga tutorial ini dapat membantu blogger yang menggunakan blog wordpress. Sebarang pertanyaan sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”