Friday, 1 June 2012

Minum kopi sambil cuci mata... hah..





Sebuah kedai kopi terpaksa ditutup setelah ditentang dari warga sekitar di sebuah kota kecil di AS. Gelombang penentangan itu muncul bukan kerana produk kopi yang ditawarkan Grand View Topless Coffee Shop di Vassalboro, Maine, melainkan kerana para pelayan kedai kopi, baik lelaki mahupun wanita, bertelanjang dada ketika melayan pelanggan. Meskipun ditentang oleh warga sekitar kota yang penduduknya kurang dari 5000 itu, kedai kopi yang didirikan pada 2009 ini sempat beroperasi dengan bisnesnya sebelum akhirnya diperintahkan untuk ditutup pada tahun ini juga oleh kerajaan tempatan kerana dianggap memasang papan pengumuman secara ilegal.

Donald Crabtree, pemilik Grand View Topless Coffee Shop, mengakui, dia akhirnya memilih untuk menutup bisnesnya setelah berusaha mempertahankannya selama 2 tahun. "Saya hanya ingin menciptakan keceriaan dengan bisnes saya. Saya ingin melihat orang tersenyum," tutur Donald Crabtree kepada akhbar tempatan, Maine Morning Sentinel. "Saya membuka kedai kopi dengan servis pelayan bertelanjang dada untuk mewujudkan keceriaan itu dan terbukti berhasil.

Namun, sekarang keceriaan itu telah berlalu. Saya telah berjuang untuk mempertahankan bisnes ini selama lebih dari 2 tahun dan apa pun yang saya lakukan saat ini tidak akan berhasil apa-apa, hanya yang ada, ramai mensabotaj saya," lanjut Donald Crabtree yang tidak dapat menerima perintah penutupan dari kerajaan tempatan kerana dianggap memasang papan pengumuman tanpa izin rasmi.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”