Friday 1 June 2012

Bapa rakam anak daranya mandi guna CCTV dalam rumah



Ni bapak jenis apa pun aku tak tau la. Anak sendiri di skodennya siap pasang kamera litar tertutup lagi. Lepas tu kantoi! Tak tau nak jawab apa..

Tak pasal-pasal kena dakwa bawah akta pornografi kanak-kanak! Hambik ko..

    Adelaidenow.com.au menyiarkan berita seorang lelaki berusia 50 tahun di Adelaide, Australia yang memasang sebuah kamera rahsia untuk merakam aksi anak perempuannya di bilik mandi. Apabila ditanya, lelaki itu tidak dapat menjelaskan sebab dia berbuat demikian.
    Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bahan pornografi kanak-kanak dan satu tuduhan merakam filem sumbang melibatkan kanak-kanak bawah umur.

    Selain itu, polis turut menemukan lebih daripada 2000 fail komputer semasa serbuan yang dibuat sekitar bulan Jun tahun lalu.

    eguamnya Michael Lutt, memberitahu sebuah Mahkamah Daerah bahawa anak guamnya sedang menghadapi masalah perkahwinan dan atas sebab itu, dia banyak menghabiskan masa melayari internet. Situasi tersebut telah mendorongnya melihat bahan pornografi.

    “Keadaan defendan umpama berkonflik dengan kelakuannya sendiri,” katanya.

    “Dalam dua situasi, dia telah membaling cakera keras jauh-jauh kerana tidak mahu melihat imej-imej tersebut.”

    Lutt berkata lelaki itu merakamkan empat kejadian berasingan di bilik mandinya dan menyimpannya bersama-sama dengan koleksi imej yang dimuat turun dari internet.

    “Defendan mengaku bahawa beliau memasang sebuah kamera di bilik mandi keluarga rumah tersebut,” katanya.

    “Lelaki itu pada dasarnya tidak dapat menjelaskan sebab yang mendorong dia terlibat dalam kelakuan tersebut.”

    Lelaki itu ditahan sementara menunggu hakim menjatuhkan hukuman minggu depan. -DCM

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”