Seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, Ping blog atau entri anda adalah salah satu cara untuk mendapatkan traffik atau pelawat ke blog dan mendapatkan pembaca penulisan anda.
Seperti diluar negara, di Malaysia sendiri terdapat banyak tempat atau laman untuk anda meninggalkan link anda atau ping entri/entry blog. Di sini,saya akan senaraikan tempat-tempat yang anda boleh jadikan tempat untuk anda Ping entri blog anda secara free/percuma.
8. Jika anda mempunyai laman untuk Ping entri, berikan URL dan tinggalkan di komen :P
Senarai dibawah pula adalah tempat yang anda boleh gunakan untuk Ping selain di Malaysia.
2. Pingler.com
Anda juga boleh meletakkan link blog anda di tempat blog directory. Ini
fungsinya seperti Yellow pages, dimana anda akan mendaftar blog anda dan
kemudian blog akan disenaraikan didalam niche yang anda telah pilih
secara PERCUMA! Jika menjadi 'Feature Blog', rezeki anda memperoleh
traffik yang tinggi.
Kenapa mesti Ping? dan apa Kelebihan Nya?
Mendapatkan traffik untuk blog adalah salah satu faktor untuk
ping entri blog. Namun, pernah anda terdengar laman-laman tersebut
mengatakan mereka adalah laman "aggregator"?
Jika anda mempunyai pagerank atau alexa ranking yang tinggi, mungkin
tidak perlu lakukan ping kerana blog anda sudah pun menjadi keutamaan
kepada enjin carian seperti Google mahupun Yahoo!
Namun jika pagerank hanya pada tahap yang sangat rendah seperti blog
saya, haha, sinilah kebaikkan melakukan Ping. Dengan Ping entri anda di
laman "aggregator" ianya akan menyebabkan blog anda lebih mudah dijumpai
oleh Enjin carian (crawler) dan lebih mudah untuk terindex.
Membolehkan anda terindex cepat dalam enjin carian dan dijumpai oleh enjin carian juga adalah salah satu cara atau teknik SEO.
Seperti yang pernah saya bincangkan sebelum ini, kenapa saya gemar untuk Ping blog di Busuk dan Innit? Ini cuma pandangan peribadi (termasuk promosi :p),
1. Busuk - Pelawat blog atau tetamu comel ramai datang dari laman tersebut. Mereka mempunyai
"siterangking page view" tersendiri yang memberi linkbalik kepada blog
anda dan jika anda mempromosikan web busuk, setiap klik akan menghadiahkan link anda yang berada di "sidebar referral" meningkat dan memungkinkan traffik.
2. Innit - Banyak membantu Entri atau post saya berada dalam Top 10 SERP [ Search Enjin Result Page] dan ini juga menambahkan traffik kepada blog. Wow! Untuk pengetahuan, Innit mempunyai pagerank 3 dalam Google.
Jadi ini adalah antara yang saya mampu dikongsikan. Saya sendiri masih
dalam proses untuk belajar dan mendalami Ilmu berblogging. Jika terdapat
kesalahan atau tersalah maklumat, mari sama-sama kita berbincang dan
saya terbuka untuk menerimanya.
Semoga bersama mendapat manfaat dan selamat berblog
Note : Untuk senarai di atas, Jika anda mempunyai maklumat dan
ingin menambah senarai tersebut, silalah tinggalkan pautan laman ping
cadangan anda di ruangan komen dibawah. Terima kasih :)
Gambar di atas ialah Pingu :P Ada kaitan dengan Ping tak? hehehe
p/s : Jika anda mengemari entri ini, mohon jasa baik untuk klik Google +1, dibawah. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment