Friday 1 June 2012

Kerajaan Labur RM2.04 Juta Bawa Masuk K-Pop Untuk Hari Belia 2012?

  
Laporan mula bertebaran di laman laman politik mengatakan kerajaan sanggup berhabis duit untuk motivasi para belia di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 yang lalu.

Penyebaran dua keping dokumen tuntutan daripada sebuah syarikat yang di’lantik khas untuk menguruskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 mendedahkan beberapa perkara.

Yang menjadi perhatian ramai adalah jumlah bayaran yang di’labur kerajaan untuk membawa masuk tiga figura muzik pop Korea iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Dalam dokumen yang tersebar ini, jelas menunjukkan yang syarikat itu membuat tuntutan sebanyak RM2.04 juta sebagai bayaran untuk artis dari Korea itu.

Persembahan, hiburan & artis tempatan menerima peruntukan RM1.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan untuk menghiburkan & memotivasikan belia kita menjadi RM3.84 juta.

Itu sahaja. Berbaloi? Kajian bakal di’jalankan, pastinya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”