Thursday, 17 January 2013

Tukang Cuci Curi Kereta Api Di Sweden



Stockholm – Seorang tukang cuci kini tenat selepas mencuri sebuah kereta api dan merempuhnya pada sebuah rumah pangsa.

Wanita berkenaan terlantar dalam keadaan tersepit di pinggir bandar Stockholm, Sweden selama dua jam sebelum pasukan penyelamat menariknya keluar dan motif tindakannya masih misteri.

“Ia seperti adegan dalam sebuah filem. Kami menerima aduan mengenai sebuah kereta api hilang pada pagi Selasa dan kemudian menemuinya terperosok pada sebuah rumah, ” kata jurucakap polis.

Menurut polis, wanita yang berusia 20 tahun itu, tukang cuci di dalam kereta api berkenaan bertindak mencurinya secara tiba-tiba. Kereta api itu tidak bergerak dan kosong ketika dia melarikannya sejurus selepas jam 2 pagi.

Menurut laporan media tempatan, terdapat lima penghuni tidur di flet itu kejadian. Mereka bagaimanapun terselamat.

Jurucakap polis, Ulf Lindgren berkata: “Mujur tidak ada sesiapa di rumah itu yang cedera. Ketua Perkhidmatan Kecemasan mengarahkan rumah itu dikosongkan atas alasan keselamatan.” Jurucakap syarikat kereta api itu, Arivva berkata: “Tukang cuci itu mencuri kereta api berkenaan tanpa sebab. Dia bekerja sebagai tukang cuci tetapi berjaya masuk dan mencuri sebuah daripada kenderaan berkenaan.
Kami masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku.” Wanita berkenaan cedera parah dan dibawa dengan helikopter ke Hospital Universiti Karolinska dalam keadaan tenat.

Pengendali kereta api itu berkata, wanita terbabit melanggar sekatan di stesen terakhir dan kereta api itu terus meluncur sejauh kira-kira 30 meter di kawasan tanpa landasan sebelum merempuh apartmen berkenaan. – The Sun

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”