Monday, 7 January 2013

Najib garis tiga strategi bagi penjawat awam



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menggariskan tiga aspek dan hala tuju yang harus ditekankan penjawat awam bagi 2013 supaya negara terus cemerlang.

Perdana Menteri berkata, penjawat awam perlu memastikan perpaduan nasional dan jati diri diperkukuh dan diteruskan berpaksikan gagasan 1Malaysia.

Selain itu katanya, segala ketetapan Bajet 2013 mesti dilaksanakan mengikut jadual yang sudah ditetapkan. 
"Agenda nasional termasuk GTP dan ETP mesti diberikan tumpuan kerana terbukti kejayaannya, memberi kepuasan kepada rakyat serta pertumbuhan ekonomi negara," katanya. 

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”