Monday, 7 January 2013

Samsung tingkat penguasaan



Seoul: Samsung Electronics Co Ltd dijangka melebarkan lagi penguasaannya dalam segmen telefon pintar global menerusi pertumbuhan sebanyak 35 tahun ini didorong rangkaian produk keluarannya yang meluas.

Mengikut agensi penyelidik pasaran, Strategy Analytics, Apple dalam usahanya untuk meraih bahagian pasaran lebih besar mungkin melancarkan ‘iPhone Mini’ tahun ini yang disasarkan kepada peminat peranti pintar tetapi terikat dengan bajet.
“Kami jangka Samsung akan mengukuhkan lagi penguasaan pasaran berbanding pesaing rapat, Apple tahun ini kerana mempunyai rangkaian peranti pintar lebih meluas,” kata Neil Mawston, pengarah eksekutif di Strategy Analytics.

Penghantaran telefon pintar global dijangka meningkat 27 peratus kepada 875 juta unit tahun ini, lebih rendah berbanding pertumbuhan 41 peratus tahun lalu kerana pasaran menyederhana di beberapa rantau termasuk Amerika Utara, China, beberapa negara membangun di Asia dan Eropah Barat.

Perusahaan besar di Korea Samsung, antara perusahaan besar Korea Selatan yang sudah menjadi pemain global, dijangka menjual 290 juta peranti pintar tahun ini, naik daripada kira-kira 215 juta unit pada tahun lalu.

Sementara Apple pula dijangka sudah menjual 180 juta unit tahun tahun ini, naik 33 peratus daripada tahun lalu, bawah sedikit saja peningkatan 35 peratus yang dicatat Samsung.

Prestasi mantap itu akan membolehkan Samsung penguasaan 33 peratus pasaran peranti pintar pada tahun ini, naik daripada anggaran 31 peratus tahun lalu, manakala Apple menguasai 21 peratus, naik daripada 20 peratus pada 2012.
Apple yang juga syarikat teknologi paling bernilai di dunia, dan Samsung Electronics pula paling bernilai di Asia, sudah melalui persaingan paling sengit dalam pasaran peranti mudah alih dunia. Kedua-duanya adalah pemain utama pasaran, walaupun sebenarnya Samsung adalah juga pembekal komponen kepada beberapa peranti Apple.

Dijangka lancar Galaxy S IV Samsung dijangka melancarkan Galaxy S IV, versi terbaru model telefon pintar utama keluarannya, pada April dan phablet Galaxy Note III dan beberapa lagi model telefon pintar sepanjang tahun ini.

“Samsung mempunyai kehadiran dalam lebih banyak segmen, sekali gus ini akan membolehkannya menguasai lebih banyak jumlah jualan berbanding Apple (dengan jangkaan Apple tidak melancarkan iPhone Mini tahun ini),” katanya.

Brian J White, seorang penyelidik pasaran di Topeka Capital Market, berkata Apple mungkin melancarkan versi kecil dan lebih murah iPhone dikenali iPhone Mini untuk meningkatkan penguasaan di China dan India.

White dalam laporannya berkata beliau percaya Apple akan akan melancarkan iPhone 5S pada Mei atau Jun dengan tawaran saiz skrin lebih besar.

Ini akan membentangkan lebih kewajaran pengenalan iPhone Mini.

Bagaimanapun, Mawston berkata, beliau tidak jangka iPhone Mini hanya akan dilancarkan tahun depan.

“Saya rasa Apple perlu melancarkan ‘iPhone Mini’ dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membolehkannya akses kepada pasaran berjuta pengguna prabayar yang tidak mampu membeli iPhone sekarang.

“iPhone 5 mendapat permintaan sangat menggalakkan dan menyumbang keuntungan besar kepada syarikat, justeru kurang kewajaran kepada syarikat untuk memperkenalkan iPhone Mini tahun ini.

“Kami jangka iPhone Mini lebih berkemungkinan dilancarkan tahun depan, 2014 kerana ketika itu Apple akan dipaksa untuk meneroka aliran pertumbuhan baru,” katanya. - REUTERS

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”