Monday, 7 January 2013

Lima bayi maut akibat jangkitan penyakit bakteria



YAJALON (Mexico): Sekurang-kurangnya lima bayi maut manakala 41 yang lain jatuh sakit apabila dijangkiti penyakit berbakteria di kawasan kediaman yang sedang mengalami cuacu sejuk dan hujan lebat di negeri Chiapas, selatan Mexico.

Jabatan Kesihatan Chiapas berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa penduduk di perkampungan Emiliano Zapata, bandar Yajalon digesa untuk berpindah dan dinasihatkan tidak mengadakan hubungun seks berikutan kebimbangan penyebaran bakteria yang dipercayai penyakit batuk dan demam.
Pihak berkuasa sedang mengkaji sama ada ia adalah batuk kokol.

Pegawai tempatan berkata, penduduk kekurangan bekalan perubatan akibat kawasan yang terpencil dan keadaan cuaca yang buruk memudahkan lagi penyebaran penyakit.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”