Monday 7 January 2013

YouTube Lancar Program Rakan Usaha Sama



KUALA LUMPUR – YouTube, laman web perkongsian video, melancarkan Program Rakan Usaha Sama YouTube untuk mereka yang merakam video  Malaysia.

Program itu dibangunkan bagi membolehkan golongan berkenaan mendapat pendapatan daripada kerja asal dengan membuka akaun Google AdSense.Ketua Operasi Kandungan Asia Pasifik YouTube, David MacDonald berkata, berikutan pelancaran itu mereka yang membuat rakaman video asli di Malaysia boleh memohon untuk menjadi rakan dan mula mengumpul wang.

“Menjadi rakan YouTube dapat memberikan mereka keupayaan untuk berkongsi pendapatan iklan menerusi video yang dimuat naik,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.Sebaik mereka menjadi rakan, mereka boleh memilih untuk memasukkan iklan dalam video. YouTube akan mengasingkan pendapatan yang dijana menerusi iklan, dengan majoritinya kepada rakan usaha sama.

“Perolehan daripada iklan itu bergantung kepada sebanyak mana penonton menyaksikan video itu dan ini dapat membantu perakam video yang mendapat sambutan hangat membangunkan kerjaya masing-masing di YouTube,” katanya.
Beliau berkata mereka boleh memperoleh pendapatan daripada RM300 (AS$100) atau lebih sebulan menerusi video yang mendapat sambutan ramai.

Ditanya mengenai sambutan pasaran Malaysia terhadap YouTube, MacDonald berkata setakat ini laman web perkongsian video itu mempunyai beribu-ribu rakan di Malaysia yang memuat naik video masing-masing, menceritakan kisah masing-masing menerusi lagu yang dipersembahkan dalam bilik tidur, cerita pendek dan komedi.

“Kami memperoleh sambutan yang baik terhadap program yang kami lancarkan di India, Singapura dan Jepun, dan kini kami mahu memperkenalkannya di sini dan Indonesia tidak lama lagi,” kata MacDonald.
Mereka yang berminat boleh menyertai program usaha sama program itu menerusi  http://youtube.com/partner. – Bernama


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”