Monday 7 January 2013
Remaja mahu lelong d@r@ untuk bantu rawat ibu uzur
Seorang remaja Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu merawat ibunya yang uzur.Menurut media tempatan, Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi. Kini menuntut di sekolah menengah,
Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5 juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu. Sejurus selepas menawarkan daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia.
Justeru, Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,” katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca, dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak pernah tahu siapa bapanya.
Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.
“Tiada sesiapa lagi yang boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah.
“Strok menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.
“Bagi kami, tindakan Rebecca itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,” katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000. - TS
sumber:http://paapaada.blogspot.com
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment