Monday 7 January 2013

Pemain Arsenal Ini Menghafaz 19 Juzuk Al-Quran




Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Alhamdulillah.. jarang kita dengar tentang pemain Arsenal ini, bukan hanya handal di padang bola sepak tetapi seorang penganut Islam yang taat beribadah, beliau yang dimaksudkan adalah pemain kelab Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, berumur 27 tahun.

Selain sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, Diaby dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran.

Setakat ini, beliau dilaporkan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran.

Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk al-Quran.

“Mengadakan perbincangan dengan pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran,” kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.

Rasa tenang bersama Islam
Namun bagi Diaby sendiri, mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa baginya. Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam.

Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam.

Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar.

Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.

Sumbangan wang

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,” katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.


Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan. – Berita Harian Online

Sumber:http://www.nizarazu.com

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”