Monday 7 January 2013

‘Sarang’ pil gugur'


Kuala Lumpur: Menjadikan forum ubat dan ruang sembang sebagai ‘sarang’ untuk menjual pil gugur, seorang lelaki yang mendakwa dirinya penasihat kepada doktor pelatih mendapat keuntungan secara mudah apabila menjual pil itu secara terbuka kepada sesiapa saja.


Dengan hanya menaip ‘pil gugur’ di Internet, forum berkenaan terpampang sebagai antara carian popular, sekali gus memudahkan sesiapa membeli pil untuk menggugurkan janin, sama ada pasangan suami isteri yang enggan menimang cahaya mata ataupun remaja terlanjur.

Pemantauan Harian Metro mendapati forum itu menarik minat ramai pelayar Internet yang kebanyakannya bertanya mengenai keberkesanan pil, cara mendapatkannya dan masalah lain yang berkaitan.

Selain pelawat forum, beberapa ejen pembekal ubat sama mengiklankan produk mereka di situ, malah ada di antara mereka bersaing dengan menawarkan harga lebih rendah bagi memancing pelanggan.



PIL yang didakwa digunakan untuk menggugurkan janin.


Untuk memudahkan pelanggan menghubungi mereka, nombor telefon juga dipamerkan di forum berkenaan namun ada juga antara mereka memilih untuk berurusan menerusi e-mel bagi mengenal pasti identiti pelanggan sebelum berurusan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”